Aku sudah dilantik menjadi nabi ketika Adam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: كنت نبيا وآدم بين الماء والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku sudah dilantik menjadi nabi ketika Adam masih lagi berada antara air dan tanah.

STATUS

Tidak ditemui lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 142, hadis nombor 415. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه بهذا اللفظ فضلا عن زيادة: وكنت نبيا ولا آدم، ولا ماء، ولا طين. ولكن في الترمذي: متى كنت نبيا؟ قال: وآدم بين الروح والجسد.

Al-Sakhawi berkata: Saya belum pernah menemuinya dengan lafaz ini, terutamanya tambahannya: Aku sudah menjadi, begitu juga perkataan Adam, air dan tanah. Namun, terdapat dalam riwayat al-Tirmizi baginda ditanya: Bilakah kamu menjadi nabi? Baginda menjawab: Ketika Adam berada antara roh dan jasad.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.