Tidur kamu di atas katil kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu

TEKS BAHASA ARAB

نومك على السرير برا بوالديك. تضحكهما ويضحكانك أفضل من جهادك بالسيف في سبيل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidur kamu di atas katil kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kamu menggembirakan mereka berdua dan mereka berdua menggembirakan kamu adalah lebih baik daripada berjihad dengan pedang di jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024, hadis nombor 5260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال قال رسول الله ﷺ: نومك على السرير برا بوالديك. تضحكهما ويضحكانك أفضل من جهادك بالسيف في سبيل الله عز وجل. [هب, الضعيفة (6274)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Tidur kamu di atas katil kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kamu menggembirakan mereka berdua dan mereka berdua menggembirakan kamu adalah lebih baik daripada berjihad dengan pedang di jalan Allah. [Riwayat Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6274].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs