Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW melarang daripada berjalan dengan sebelah selipar atau khuf

Teks Bahasa Arab

نَهَى أن يُمشَى في نَعلٍ واحِدٍ، أو خُفٍّ واحدٍ، ويَبيتَ في دارٍ وَحدَهُ ، أو ينتَفِضَ في بَرازٍ منَ الأرضِ ، إلَّا أن يَنحَنيَ ، أو يلقَى عدوًّا إلَّا أن ينحِّيَ عَن نَفسِهِ

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW melarang daripada berjalan dengan sebelah selipar atau khuf, tidur malam di rumahnya berseorangan, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok atau bertemu dengan musuh kecuali dia mampu melepaskan diri daripadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024, hadis no. 5259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: نهى أن يمشي في نعل واحد أو خفّ واحد ويبيت في دار وحده أو ينتقص في براز من الأرض إلا أن ينحني أو يلقى عدوا إلا أن ينجي عن نفسه. [طب, عد, الضعيفة (6005)]

(Palsu dengan lafaz yang sempurna ini) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melarang daripada berjalan dengan sebelah selipar atau khuf, tidur malam di rumahnya berseorangan, atau membuang air besar di tanah lapang kecuali dalam keadaan membongkok atau bertemu dengan musuh kecuali dia mampu melepaskan diri daripadanya. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6005].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.