Munkar secara keseluruhannya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما قال عبدٌ قطُّ: لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له، له الملكُ، وله الحمدُ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ، مُخلِصًا بها روحُه، مصدِّقًا بها قلبُه لسانَه، إلا فتقَ له أبوابَ السماءِ، حتى ينظرَ اللهُ إلى قائلِها، وحُقَّ لعبدٍ نظر اللهُ إليه أن يُعطيَه سُؤلَه.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah sama sekali seseorang hamba itu membaca: Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu)), dalam keadaan ikhlas jiwanya (membacanya), serta hati dan lisannya membenarkannya, melainkan akan dibuka baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat kepada pembacanya. Dan wajib bagi seseorang hamba yang Allah lihat kepadanya untuk Dia (Allah) mengurniakan permintaannya.
Sahabat Perawi
- Dua orang sahabat Nabi SAW
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar secara keseluruhannya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2067, hadis no. 10384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Secara Keseluruhannya) Daripada dua orang sahabat Nabi SAW, kedua-duanya berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sama sekali seseorang hamba itu membaca: Tiada tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dalam keadaan ikhlas jiwanya (membacanya), serta hati dan lisannya membenarkannya, melainkan akan dibuka baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat kepada pembacanya. Dan wajib bagi seseorang hamba yang Allah lihat kepadanya untuk Dia (Allah) mengurniakan permintaannya. [Riwayat al-Nasā‘ī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6617]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman