Seorang hamba tidak diberi ujian yang paling berat selepas kehilangan agamanya

TEKS BAHASA ARAB

ما أصيب عبد بعد ذهاب دينه بأشد من ذهاب بصره، وما ذهب بصر عبد فصبر، إلا دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba tidak diberi ujian yang paling berat selepas kehilangan agamanya daripada kehilangan pandangannya, dan tidak hilang pandangan seorang hamba itu lalu dia bersabar melainkan dia dimasukkan ke dalam syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2027, hadis nombor 10195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعا: ما أصيب عبد بعد ذهاب دينه بأشد من ذهاب بصره، وما ذهب بصر عبد فصبر، إلا دخل الجنة.
[المحاملي في ((الأمالي))، خط، ((الضعيفة)) (4424)]

(Sangat lemah)
Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang hamba tidak diberi ujian yang paling berat selepas kehilangan agamanya daripada kehilangan pandangannya, dan tidak hilang pandangan seorang hamba itu lalu dia bersabar melainkan dia dimasukkan ke dalam syurga.
[Riwayat al-Mahami dalam al-Amali, al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4424]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs