Tidak dianggap kekal melakukan dosa bagi siapa yang meminta pengampunan kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أصر من استغفر؛ وإن عاد في اليوم سبعين مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dianggap kekal melakukan dosa bagi siapa yang meminta pengampunan kepada Allah, sekalipun jika dia mengulanginya sebanyak 70 kali sehari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2027, hadis nombor 10194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ما أصر من استغفر؛ وإن عاد في اليوم سبعين مرة.
[الطيراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (4474)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, berkata: Rasulullah SAW berkata: Tidak dianggap kekal melakukan dosa bagi siapa yang meminta pengampunan kepada Allah, sekalipun jika dia mengulanginya sebanyak 70 kali sehari.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Du’a. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4474]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.