Tidak masuk ke dalam mana-mana syurga anak zina dan keturunannya

TEKS BAHASA ARAB

لا يدخل ولد الزنى ولا شيء من نسله – إلى سبعة آباء – الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak masuk ke dalam mana-mana syurga anak zina dan keturunannya sehingga keturunan ketujuhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 947, hadis nombor 4887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا يدخل ولد الزنى ولا شيء من نسله – إلى سبعة آباء – الجنة)).
[عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (1287، 4852)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak masuk ke dalam mana-mana syurga anak zina dan keturunannya sehingga keturunan ketujuhnya.
[Riwayat Abd bin Hamid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1287, 4852].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.