Tidak dianggap meneruskan dosa bagi orang yang beristighfar

TEKS BAHASA ARAB

ما أصر من استغفر وإن عاد في اليوم سبعين مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dianggap meneruskan dosa bagi sesiapa yang beristighfar sekalipun dia mengulangi dosa tujuh puluh kali dalam sehari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 68, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (1514) والترمذي (3559) وبحشل في تاريخ واسط (ص64) وأبو بكر المروزي في مسند أبي بكر (121، 122) وأبو يعلى (124، 125) /1) والطبري في تفسيره (4/ 64) والبزار في مسنده كما في تفسير ابن كثير (1/ 408) وابن السني في عمل اليوم والليلة (363) والبيهقي (10/ 188) والبغوي في شرح السنة (5/ 79- 80) وعبد بن حميد في مسنده وابن أبي حاتم في تفسيره والبيهقي في شعب الإيمان كما في الدر المثئور (2/ 78) من طريق عثمان بن واقد العمري عن أبي نصيرة عن مولى لأبي بكر الصديق عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه، فذكره مرفوعا. قال الترمذي: هذا حديث غريب إنما تعرفه من حديث أبي نصيرة وليس إسناده بالقوي.
قلت: وهو كما قال وتبعه الحافظ العراقي في المغني (1/ 312) أما قول الحافظ ابن كثير رحمه الله في تفسيره (1/ 408) : وقول علي بن المديني والترمذي: ليس إسناد هذا بذاك فالظاهر أنه لأجل جهالة مولى أبي بكر ولكن جهالة مثله لا تضر لأنه تابعي كبير، ويكفيه نسبته إلى أبي بكر فهو حديث حسن. أ. هـ‍. فهذا كلام غريب، ويتعجب أن يصدر من مثل الحافظ ابن كثير لأنه مخالف لأصول أهل الحديث من أن مجهول الحال لا تثبت بخبره حجة فضلا عن مجهول العين ومولى أبي بكر رضي الله عنه لا يعرف من هو أصلا، ونسبته لأبي بكر لا تنفعه وإن تجوز الحافظ ابن كثير رحمه الله في هذا خلافا للقاعدة.. ومما يستغرب أيضا أن ينقل الشيخ العلامة المحدث أبو الأشبال رحمه الله قول الحافظ ابن كثير في تعليقه على تفسير الطبري (7/ 225- 226) ويقره عليه، ولا يتعقبه وهذا من الأدلة الكثيرة على تسامح الشيخ أبى الأشبال يرحمه الله.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (1514), al-Tirmizi (3559), Bahshal dalam Tarikh Wasit (hlm 64), Abu Bakar al-Marwazi dalam Musnad Abu Bakar (121, 122), Abu Ya’la (124, 125/1), al-Tabari dalam Tafsir beliau (4/64), al-Bazzar dalam Musnad beliau – sepertimana dalam Tafsir Ibn Kathir (1/408), Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah (363), al-Baihaqi (10/1188), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (5/79-80), ‘Abd bin Humaid dalam Musnad beliau, Ibn Abi Hatim dalam Tafsir beliau dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman – sepertimana dalam al-Dur al-Manthur (2/78) – melalui sanad ‘Uthman bin Waqid al-‘Umari daripada Abu Nusairah daripada mawla kepada Abu Bakar al-Siddiq daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a, lalu beliau pun mennyebutkan hadith itu secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith gharib. Kami hanya ketahuinya melalui hadith Abu Nusairah, sanadnya tidak kuat".
Saya berkata: Ianya sebagaimana yang al-Tirmizi katakana. Al-Hafiz al-‘Iraqi mengikuti beliau dalam al-Mughni (1/312). Adapun, kata Ibn Kathir RH dalam Tafsir beliau (1/408): "Adapun kata-kata ‘Ali bin al-Madini dan al-Tirmizi: ‘Sanadnya tidak kuat’, zahirnya adalah kerana mawla Abu Bakar seorang yang majhul. Namun, majhul yang seperti beliau tidak memberikan kesn kerana beliau seorang tabi’ei besar, memadailah menisbahkannya kepada Abu Bakar. Maka ianya adalah hadith yang hasan". Ianya adalah ucapan yang ganjil, dan peliknya kerana ianya bersumberkan daripada tokoh seperti all-Hafiz Ibn Kathir, kerana ianya bercangggah dengan usul ahli hadith, sebabnya perawi yang majhul al-hal (tidak diketahui statusnya) pun hadithnya tidakk thabit sebagai hujjah, apalagi perawi yang majhul al-‘ain (tidak diketahui identitinya).
Selain itu, Mawla (hamba bebasan) Abu Bakar r.a langsung tidak dikenali, penisbahan terhadap Abu Bakar r.a tidaklah memberikan manfaat sekalipun al-Hafiz Ibn Kathir mengharuskannya, kerana ia bercanggah dengan kaedah. Juga menjadi perkara yang pelik apabila al-Syeikh al-‘Allamah al-Muhaddith Abu al-Ashbal RH menukilkan kata-kata al-Hafiz Ibn Kathir dalam komentar beliau bagi Tafsir al-Tabari (7/225-226) dan beliau bersetuju dengannya, tanpa mengkritiknya. Ini adalah salah satu daripada banyak bukti bahawa al-Syeikh Abu al-Ashbal r.a bermudah-mudah.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.