Bandingan orang yang lari daripada kematian sama seperti serigala yang dituntut oleh bumi supaya membayar hutangnya

TEKS BAHASA ARAB

مثل الذي يفر من الموت كمثل الثعلب تطلبه الأرض بدين، فجعل يسعى حتى إذا أعيى وأنتهر؛ دخل جحره فقالت له الأرض: يا ثعلب ديني فخرج وله حصاص فلم يزل كذلك حتى تقطعت عنقه فمات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bandingan orang yang lari daripada kematian itu sama seperti serigala yang dituntut oleh bumi supaya membayar hutangnya. Ianya datang merayau-rayau sehingga apabila ia merasa penar dan berpeluh, ia pun masuk ke dalam lubangnya. Bumi pun berkata kepadanya: Wahai serigala, mana hutangku. Lalu dia pun keluar berlari dengan pantas tanpa henti hinggalah terputus tengkuknya (kerana terlalu penat), lalu dia pun mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 68, hadis nombor 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 211/ 2) والطبراني في الكبير (6922/ 7) 222) وفي الأوسط كما في المجمع (2/ 320) من طريق معاذ بن محمد الهزلي عن يونس بن عبيد عن الحسن عن سمرة بن جندب مرفوعا فذكره. قال العقيلي: معاذ بن محمد الهزلي عن يونس بن عبيد في حديثه نظر، ولا يتابع على رفعه.
قلت: وخالفه إسحاق بن الربيع فرواه عن الحسن عن سمرة بن جندب موقوفاعليه من قوله وفي آخره: فكذاك ابن آدم لا يجد من الموت مفرا، أينما توجه لم يجد للموت مفرا. أخرجه العقيلي والرامهرمزي في الأمثال (ص – 110) . قال العقيلي : هذا أشبه من حديث معاذ. أولى وإسحاق فيه لين أيضا. فالعقيلي بهذا يرجح الموقوف على المرفوع وفي كليهما الحسن البصري وقد اختلفوا في سماعه من سمرة وعلى أي وجه فهو مدلس عنعنة فلا يقبل من حديثه إلا ما صرح فيه بالسماع. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 211/2), al-Tabarani dalam al-Kabir (6922/7/222) dan dalam al-Awsat – sebagaimana dalam al-Majma’ (2/320) – melalui sanad Mu’az bin Muhammad al-Huzali daripada Yunus Ibn ‘Ubaid daripada al-Hasan daripada Samurah bin Jundub secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith. Al-‘Uqaili berkata: "Mu’az bin Muhammad al-Huzali daripada Yunus bin ‘Ubaid, pada hadithnya terdapat pertikaian dan tidak ada sokongan terhadap riwayatnya yang marfu’".
Saya berkata: Ishaq bin al-Rabi’ telah meriwayatkan berbeza dengan beliau. Ishaq telah meriwayatkannya daripada al-Hasan daripada Samurah bin Jundub secara mawquf kepada Samurah melalui kata-kata beliau dan pada akhir kata-kata tersebut ada: "Demikianlah anak Adam, mereka akan ada tempat untuk larikan diri daripada kematian. Di mana sahaja mereka tuju, tidak aka nada tempat untuk lari daripada kematian". Hadith telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dan al-Ramaharmuzi dalam al-Amthal (hlm 110). Al-‘Uqaili berkata: "(Sanad) ini lebih hampir dan lebih bagus berbanding hadith Mu’az. Ishaq juga terdapat kelemahan pada beliau". Al-‘Uqaili melalui kenyataan ini telah memilih riwayat yang mawquf berbanding yang marfu’. Dalam kedua-dua sanad tersebut terdapat al-Hasan al-Basri. Ulama berbeza pendapat berkenaan beliau ada mendengar daripada Samurah (atau tidak). Bagaimanapun, beliau tetap seorang mudallis dan riwayat beliau secara ‘an’anah tidak boleh diterima hadithnya melainkan hadith yang beliau jelas menyebutkan mendengar dalam sanad tersebut. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs