Tidak Allah Azza wa Jalla memperelokkan ciptaan seseorang

TEKS BAHASA ARAB

ما حسن الله عز وجل خلق امرئ ولا خلقه فتطعمه النار أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak Allah Azza wa Jalla memperelokkan ciptaan seseorang dan tidak pula akhlaknya lalu dia akan dimakan oleh api neraka selamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ما حسَّن الله -عَّز وجلَّ – خلق امرئ ولا خلقه فتطعمه النار أبداً.
[تمام، ((الضعيفة)) (4436)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah Allah Azza wa Jalla memperelokkan ciptaan seseorang dan tidak pula akhlaknya lalu dia akan dimakan oleh api neraka selamanya.
[Riwayat Tammam dalam al-Fawa`id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4436]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.