Tidak berbuat kebaikan kepada bapanya

TEKS BAHASA ARAB

ما بر أباه من شد إليه الطرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak berbuat kebaikan kepada bapanya mereka yang memandang rendah kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدّاً)
عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: ما بر أباه من شد إليه الطرف.
[عد، ((الضعيفة)) (4432)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidak berbuat kebaikan kepada bapanya mereka yang memandang rendah kepadanya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4432]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs