Tidak ada suatu pun yang benar pada al-Ham

TEKS BAHASA ARAB

لا شيء في الهام والعين حق وأصدق الطير الفال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada suatu pun yang benar pada al-Ham (iaitu kepercayaan jahiliyah bahawa tulang belulang mayat bertukar jadi burung). Manakala penyakit ‘ain adalah benar. Ramalan (Tiyarah) yang paling benar adalah kata-kata yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 81, hadis nombor 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف بهذا التمام.
أخرجه الترمذي (2061) والبخاري في الأدب المفرد (914) ، وفي التاريخ (2/ 1/ 107- 108) وأحمد (4/ 67، 5/ 70، 379) وأبو يعلى في مسنده (ج 3/ رقم 1582) والطبراني في الكبير (ج 4/ رقم 3561، 3562) وابن الأثير في أسد الغابة (1/ 313) من طريق يحيى بن أبي كثير قال: حدثني حبة بن حابس التميمي، أن أباه أخبره أنه سمع النبي صلى الله عليه وأله وسلم.. فذكره. وقد رواه عن يحيى على هذا الوجه علي بن المبارك، وحرب بن شداد. وخافلهما شيبان بن عبد الرحمن، فرواه عن يحيى بن أبي كثير عن حبة حدثه عن أبيه عن أبي هريرة مرفوعاً بهِ. فجعله من مسند أبي هريرة. أخرجه أحمد (5/ 70) والبخاري في التاريخ (2/ 1/ 108) وقد اختلف عن حرب بن شداد فيهِ، فأخرجه ابن الأثير (1/314) من طريق عبد الصمد بن عبد الوارث، أخبرنا حرب بن شداد أخبرنا يحيى بن أبي كثير، عن حبة بن حابس التميمي قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بقول : فذكره. وقال ابن الأثير عقبه: أخرجه الثلاثة. ويعني بهم أبا نعيم، وابن منده وابن عبد البر وعزاه الحافظ في الإصابة (1/ 559) إلى ابن عاصم وأبي يعلى. فسقط ذكر أبيه من هذه الرواية. قال محقق مسند أبي يعلى عقب كلام الحافظ السابق: نقول: إن رواية أبي يعلى كما هي ظاهرة: حبة بن حابس أن أباه. ولعل الحافظ رحمه الله قرأ: حبة بن حابس في بداية الحديث فظن أنه هو الرواي عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم، ولم يتم قراءة السند، والله أعلم أ. هـ‍.
قلت: هذا تعليق بارد لأن ابن الأثير ساق هذه الرواية من طريق ابن أبي عاصم وفيها حبة بن حابس قال: سمعت رسول الله… فما وهم الحافظ. وقوله: سمعت وهم من بعض الرواة.
وليس معنى أن الحافظ عزا الرواية لأبي يعلى أنك لا بد واجدها في مسنده الذي تعمل فيه فإن هذا هو المسند المختصر أما المسند الكبير فلا أدري أهو موجود أم لا؟ وأراك تنقل كلمة إسماعيل بن محمد التميمي الحافظ: التي يقول فيها: قرأت المسانيد كمسند العدني ومسند أحمد بن منيع، وهي كالأنهار ومسند أبي يعلى كالبحر يكون مجتمع الأنهار.
أقول: هذه الكلمة التي دأبت على كتابتها في أول كل جزء من أجزاء المسند إنما يصح أن تقال في المسند الكبير ومما يدل على ذلك أن الحافظ الذهبي قال في سير النبلاء (14 / 180) عقب هذه الكلمة: قلت: صدق ولاسيما في مسنده الذي عند أهل أصفهان من طريق ابن المقرئ عنه فإنه كبير جداً بخلاف المسند الذي رويناه من طريق أبي عمرو بن حمدان عنه فإنه مختصر أ. هـ‍. فدلت كلمة الذهبي رحمه الله على أن كلمة إسماعيل بن محمد إنما تقال في المسند الكبير. فلا توهم مثل الحافظ إلا بحجة واضحة.. والله المستعان. ووجه آخر من الخلاف على يحيى بن أبي كثير فيه. فرواه أبان العطار عنه أن رجلاً حدثه عن أبي هريرة آن النبي صلى الله عليه وآله وسلم. فذكره. ورواه الأوزاعي، عن يحيى، عن حبة بن حابس، أو عائش، عن أبيه، عن أبي هريرة. ذكره ابن الأثير أيضا. قلت: فهذا اختلاف شديد على يحيى بن أبي كثير مما دعا ابن عبد البر إلى القول بأن: في إسناد حديثه اضطراب. وقال ابن السكن: اختلف فيه على يحيى بن أبي كثير ولم نجده إلا من طريقه. وقد رجح أبو حاتم من هذا الخلاف كما في العلل (2239) – الوجه الأول وهو: يحيى حدثني حبة بن حابس عن أبيه مرفوعا. ورجح أبو زرعة الرازي يحيى عن حبة بن حابس عن أبيه عن أبي هريرة.
قلت: ويترجح عندي الوجه الذي رجحه أبو حاتم وذلك أنه قد رواه عن يحيى بن أبي كثير اثنان من الثقات الإثبات وهما حرب بن شداد وعلي بن المبارك. فإن قلت: قد رجح أبو زرعة الطريق الذي رواه شيبان النحوي … وفيه عن أبي هريرة وعلل ذلك بقوله: لأن أبان قد رواه فقال: يحيى عن رجل عن أبيه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم. وشيبان النحوي ثقة وكذا أبان ثقة له أفراد فبأي حجة ترجح قول أبي حاتم؟ أقول: يترجح عندي قول أبي حاتم لأمرين:
الأول: أننا لو افترضنا تساوي حرب بن شداد وعلي بن المبارك في الثقة شيبان وأبان العطار لرجحنا كفة علي بن المبارك فَقَدْ كَانَتْ لهُ خصوصية بيحيى بن أبي كثير. قالَ الحافظ في التقريب في ترجمته: ثقة كانَ لهُ عن يحيى بن أبي كثير كتابان، أحدهما سماع والآخر إرسال، فحديث الكوفيين عنهُ فيهِ شيء. أ. هـ‍. والذين رووا عنهُ هَذَا الحديث بصريون كعبد الملك بن عمرو والقيسي وعبد الصمد بن عبد الوارث، ويحيى بن كثير العنبري. الثاني: أن أبان العطار لم يتابع شيبان النحوي وبيانه: أن شيبان يرويه، عن يحيى، عن حبة، عن أبيه، عن أبي هريرة. وأبان بن يزيد العطار يرويه عن يحيى أن رجلا حدثه عن أبي هريرة كذا وقع في التاريخ للبخاري. ثمَّ رأيت الحافظ في الإصابة (1/ 559) قدْ رجح الوجه الذي اخترناه. فالحمد لله على التوفيق. وإذا قدْ رجحنا الوجه الأول. فإنه ضعيف أيضا ذلكَ أن حبة بالموحدة أو حية بالمثناة التحتانية مجهول العين والصفة لم يرو عنهُ إلا يحيى بن أبي كثير. وهذا هو علة الحديث. والله أعلم. ولذا قالَ الترمذي: حديث غريب وله شاهد من حديث أبي أمامة رضي الله عنه. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 8/ رقم 7686) من طريق عفير بن معدان، وهوَ ضعيف. وقال مرة (1/300) : ضعيف جداً ولفقرات الحديث شواهد. بعضها في الصحيحين. والله أعلم.

Dha’if melalui lafaz lengkap seperti ini.Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2061), al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (914), juga dalam al-Tarikh (2/1/107-108), Ahmad (4/67, 5/70, 379), Abu Ya’la dalam Musnad beliau (juz 3/hadith : 1582), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 4/hadith : 3561, 3562), dan Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah (1/313) melalui sanad Yahya bin Abi Kathir, katanya Habbah bin Habis al-Tamimi telah menceritakan kepadaku bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW bersabda…, lalu beliau menyebutkannya.
Hadith tersebut juga telah diriwayatkan daripada Yahya dengan sanad ini oleh ‘Ali bin al-Mubarak dan Harb bin Shaddad. Namun, Shaiban bin ‘Abd al-Rahman telah meriwayatkan berbeza dengan ‘Ali bin al-Mubarak dan Harb, Shaiban meriwayatkannya daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Hayyah, beliau telah menceritakan hadith tersebut daripada ayahnya daripada Abu Hurairah secara marfu’ hadith tersebut. Shaiban telah menjadikan hadith ini melalui Musnad Abu Hurairah. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/70), al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1/108). Juga berlaku perbezaan riwayat daripada Harb bin Shaddad. Ibn al-Athir (1/314) telah mengeluarkannya melalui sanad ‘Abd al-Samad bin ‘Abd al-Warith, katanya Harb bin Shaddad telah khabarkan kepada kami, katanya Yahya bin Abi Kathir telah khabarkan kepada kami daripada Habbah bin Habis al-Tamimi, katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda….., lalu beliau pun menyebutkannya.
Ibn al-Athir berkata setelah menyebutkan hadith itu: "Ianya telah dikeluarkan oleh tiga", maksudnya Abu Nu’aim, Ibn Mandah dan Ibn ‘Abd al-Bar. Al-Hafiz dalam al-Isabah (1/559) menyandarkan hadith tersebut kepada Ibn ‘Asim dan Abu Ya’la. Melalui riwayat ini gugurnya sebutan: "ayahnya". Pentahqiq kepada Musnad Abi Ya’la berkata setelah membawakan kalam al-Hafiz yang tadi: "Kami berkata: Sesungguhnya riwayat Abu Ya’la sebagaimana yang zahir: ‘ Habbah bin Habis bahawa ayahnya…’, boleh jadi al-Hafiz RH membaca: ‘ Habbah bin Habis’ pada permulaan hadith, lalu menyangka bahawa beliaulah perawi yang meriwayatkan daripada Nabi SAW, beliau tidak membacakan secara lengkap sanad tersebut. Wallahua’lam".
Saya berkata: Komentar ini tidak cerdik, kerana Ibn al-Athir sendiri telah membawakan riwayat ini melalui sanad Ibn Abi ‘Asim dan dalam sanadnya disebutkan: " Habbah bin Habis, katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda….", ianya bukanlah kekeliruan al-Hafiz. Manakala Habbah menyebutkan "saya mendengar" adalah kekeliruan yang berpunca daripada sebahagian perawi. Apabila al-Hafiz menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Ya’la, bukanlah bermaksud anda pasti akan menemuinya dalam Musnad Abi Ya’la yang anda lakukan penelitian terhadapnya, ini kerana Musnad tersebut adalah al-Musnad al-Mukhtasar (Musnad Yang Telah Diringkaskan). Adapun al-Musnad al-Kabir (Musnad Yang Besar), saya tidak pasti ianya masih ada atau tidak. Saya melihat anda sendiri menukilkan ucapan Isma’il bin Muhammad al-Tamimi al-Hafiz yang menyebutkan: "Saya telah membaca musnad-musnad seperti Musnad al-‘Adani, Musnad Ahmad bin Mani’, ianya seperti sungai-sungai, dan Musnad Abi Ya’la pula seperti lautan yang menemukan kesemua sungai-sungai itu".
Saya berkata: Ungkapan ini menunjukkan ketekunan dalam menulisnya pada permulaan setia juzuk Musnad tersebut, hanya layak untuk disebutkan kepada al-Musnad al-Kabir. Antara buktinya lagi adalah al-Hafiz al-Zahabi berkata dalam Siyar al-Nubala’ (14/180) setelah membawakan ungkapan ini: "Saya berkata: Benar, terutamanya dalam Musnad beliau yang berada pada penduduk Asfahan melalui sanad Ibn al-Muqei’ daripada beliau Abu Ya’la. Ianya sangat besar, berbeza dengan Musnad yang telah kita riwayatkannya melalui sanad Abu ‘Amr bin Hamdan daripada Abu Ya’la, ianya adalah ringkasan". Ungkapan al-Zahabi r.h itu menunjukkan bahawa ungkapan Muhammad bin Isma’il ditujukan kepada al-Musnad al-Kabir. Maka, tidak boleh menyatakan berlaku kekeliruan terhadap tokoh seperti al-Hafiz melainkan adanya hujjah yang jelas. Allah lah yang memberikan pertolongan.
Sanad lain yang ada perbezaan riwayat terhadap Yahya bin Abi Kathir , ianya telah diriwayatkan oleh Aban al-‘Attar daripada Yahya bin Abi Kathir bahawa seorang lelaki telah menceritakan kepadanya daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW…, lalu beliau pun menyebutkannya. Al-Auza’ei turut meriwayatkan daripada Yahya daripada Habbah bin Habis atau ‘Aish daripada ayahnya daripada Abu Hurairah. Ibn al-Athir turut menyebutkannya.
Saya berkata: Perbezaan riwayat yang ketara terhadapa Yahya bin Abi Kathir inilah yang menyebabkan Ibn ‘Abd Bar berkata: "Dalam sanad hadithnya berlaku Idhtirab", Ibn al-Sakan pula berkata: "Perbezaan dalam sanadnya berlaku kepada Yahya bin Abi Kathir, kami tidak menemui perbezaan itu melainkan melalui sanad beliau (Yahya)". Abu Hatim telah memilih pendapat yang rajih melalui perbezaan riwayat ini – sebagaimana dalam al-‘Ilal (2239) – adalah sanad pertana, iaitu: ‘Yahya berkata Habbah bin Habis telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya secara marfu’". Manakala, Abu Zur’ah al-Razi pula memilih pendapat yang rajih adalah sanad: "..Yahya daripada Habbah bin Habis daripada ayahnya daripada Abu Hurairah".
Saya berkata: Pendapat yang rajih di sisi saya adalah sebagaimana yang telah dipilih oleh Abu Hatim. Ini kerana, sanad tersebut telah diriwayatkan oleh dua orang perawi thiqah lagi thabit daripada Yahya bin Abi Kathir, iaitu Harb bin Shaddad dan ‘Ali bin al-Mubarak. Sekiranya anda berkata: Abu Zur’ah telah memilih rajih sanad yang diriwayatkan oleh Shaiban al-Nahwi yang dalam sanad itu menyebutkan "daripada Abu Hurairah", sebabnya: "Kerana Aban telah meriwayatkannya, lalu berkata: Yahya daripada seorang lelaki daripada ayahnya daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW", Shaiban al-Nahwi seorang yang thiqah, begitu juga Aban seorang yang thiqah dan mempunyai hadith-hadith yang beliau sahaja meriwayatkannya, maka hujjah manakah yang menyebabkan rajihnya pendapat Abu Hatim?.
Saya berkata: Saya berpendapat rajih pendapat Abu Hatim kerana dua sebab:
Pertama: Sekiranya kita menerima sama kedudukan thiqah antara Harb bin Shaddad dan ‘Ali bin al-Mubarak, juga Shaiban dan Aban al-‘Attar, kita pasti akan melebihkan ‘Ali bin al-Mubarak berbanding yang lain, kerana beliau ada kedudukan khusus terhadap Yahya bin Abi Kathir. Al-Hafiz berkata dalam al-Taqrib pada biografi beliau: "…seorang yang thiqah, beliau mempunyai dua kitab daripada Yahya bin Abi Kathir, salah satunya melalui Sama’ (mendengar) dan satu lagi secara mursal. Hadith penduduk Kufah daripada beliau pula ada sesuatu (yang bermasalah)". Perawi-perawi yang meriwayatkan hadith ini daripada ‘Ali bin al-Mubarak adalah penduduk Basrah seperti ‘Abd al-Malik bin ‘Amr, al-Qaisi, ‘Abd al-Samad bin ‘Abd al-Warith dan Yahya bin Kathir al-‘Anbari.
Kedua: Aban al-‘Attar tidak menyokong riwayat Shaiban al-Nahwi, keterangannya adalah Shaiban meriwayatkannya daripada Yahya bin Hayyah daripada ayahnya daripada Abu Hurairah. Manakala, Aban bin Yazid al-Attar pula meriwayatkannya daripada Yahya bahawa seorang lelaki telah menceritakannya daripada Abu Hurairah. Demikianlah sebagaimana terdapat dalam al-Tarikh oleh al-Bukhari. Kemudian saya melihat al-Hafiz dalam al-Isabah (1/559) telah memilih sanad yang telah kami pilih. Segala puji bagi Allah atas petunjuk tersebut. Sekalipun kami telah memilih sanad pertama, ianya tetap juga dha’if kerana Habbah atau Hayyah seorang perawi yang Majhul al-Ain (Tidak diketahui statusnya) Wa al-Shifah (Tidak diketahui sifatnya). Tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau kecuali Yahya bin Abi Kathir. Inilah kecacatan hadith tersebut. Wallahua’lam. Oleh kerana itu, al- Tirmizi berkata: "Hadith gharib". Hadith tersebut mempunyai sokongan melalui hadith Abi Umamah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 8/hadith : 7686) melalui sanad ‘Ufair bin Ma’dan, beliau seorang yang dha’if. Di tempat yang lain (1/300) beliau berkata: "Dha’if Jiddan". Beberapa bahagian hadith tersebut ada sokongan. Sebahagiannya terdapat dalam al-Bukhari dan Muslim. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs