Solatlah dibelakang setiap orang baik dan jahat

TEKS BAHASA ARAB

صلوا خلف كل بر وفاجر وصلوا على كل بر وفاجر. وجاهدوا مع كل بر وفاجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solatlah dibelakang setiap orang baik dan jahat. Tunaikanlah juga solat ke atas jenazah yang baik dan jahat. Dan berjihadlah bersama setiap orang yang baik mahupun jahat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 84, hadis nombor 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
روي من حديث علي بن أبي طالب وأبي هريرة وابن مسعود، وابن عمر وأبي الدرداء وواثلة ابن الأسقع رضي الله عنهم جميعاً.
أولاً: حديث علي بن أبي طالب رضي الله عنه.
أخرجه الدارقطني (2/ 57) ، ومن طريق ابن الجوزي في الواهيات (710) من طريق أبي إسحاق القنسريني، ثنا فرات بن سليمان، عن محمد بن علوان، عن الحارث عن علي مرفوعاً: من أصل الدين الصلاة خلف كل بر وفاجر، والجهاد مع كل أمير، ولك أجرك والصلاة على كل من مات من أهل القبلة. قال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح. والحارث قال ابن المديني: كان كذاباً. وفرات بن سليمان قال ابن حبان: منكر الحديث جداً يأتي بما لا شك أنه معمول.
قلت: هكذا يكون الغلو والحارث لَيسَ بكذاب، وإن كَانَ واهياً. وأما فرات بن سليمان، كذا والصواب: سلمان، بغير ياء، فَقَدْ ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (3/ 2/ 80) وحكى عن أبيه أنه قَالَ: لا بأس بهِ، ومحله الصدق، وصالح الحديث. وإنما قالَ ابن حبان مقالته هَذهِ في فرات بن سليم كما في المجروحين (2/ 207) ، فهذا من أوهام ابن الجوزي الناتجة عن تسرعه ولم ينتبه الزيلعي لذلك فتبعه كما في نصب الراية (2/ 28) ومما يدل على ذلك أنه ذكر في كتابه الضعفاء فرات بن سليم رقم (2696) دون فرات بن سلمان وذهل ابن الجوزي عن حال أبي إسحاق القنسريني فإنه مجهول كما قال الذهبي في الميزان (4/ 489) وكذا محمد بن علوان فإنه مجهول كما قال أبو حاتم، على ما ذكره ولده في الجرح والتعديل (4/1/49). فالسند ساقط.
ثانياً: حديث أبي هريرة رضي الله عنه.
وله عنه طريقان: الأول: مكحول، عنهُ أخرجه أبو داود (2/ 304- 7/ 207 عون) والدارقطني (2/ 57) والبيهقي (3/ 121) وابن الجوزي في الواهيات (1/ 418- 419) من طريق معاوية بن صالح، عن العلاء بن الحارث عن مكحول عن أبي هريرة مرفوعاً بلفظ حديث الباب. قالَ الدارقطني: مكحول لم يسمع من أبي هريرة، ومن دونه ثقات. وقال البيهقي : إسناده صحيح إلا أن فيه إرسالا بين مكحول، وأبي هريرة. وكذا أعله ابن الجوزي والمنذري وابن التركماني وغيرهم. غير أن ابن الجوزي انفرد عنهم بذكر علة أخرى، هي عجيبة من الأعاجيب، وهي قوله: ومعاوية بن صالح، قال الرازي: لا يحتج به. قلت: أما معلوية بن صالح فإنه ثقة وله أفراد، فلا يليق إعلال الحديث به، أو كلما رأيت غمزا في الثقة سارعت بإحضاره؟ وقدْ رد عليهِ ابن عبد الهادي هذه العلة. وله طريق آخر عن مكحول. أخرجه الدارقطني (2/56) ، وعنه ابن الجوزي (1/422) من طرق بقية، سمعت الأشعث، عن يزيد بن يزيد بن جابر، عن مكحول، عن أبي هريرة مرفوعاً: الصلاة واجبة عليكم مع كل أمير، براً كانَ أو فاجراً وإن عمل بالكبائر، والجهاد واجب عليكم مع كل أمير، براً كانَ أو فاجراً، وإن عمل بالكبائر، والصلاة واجبة على كل مسلم يموت، برا كانَ أو فاجراً، وإن عمل بالكبائر. قال ابن الجوزي: أشعث مجروح، وبقية لا يقوم على روايته، وقال الدارقطني: مكحول لم يلق أبا هريرة.
الثاني: أبو صالح، عنه – أخرجه الدارقطني (2/ 55) ، وعنه ابن الجوزي (1/ 421- 422) من طريق عبد الله بن محمد بن يحيى بن عروة، عن هشام بن عروة، عن أبي صالح عن أبي هريرة مرفوعاً: سيليكم بعدي ولاة فيليكم البر ببره والفاجر بفجوره فاسمعوا لهم وأطيعوا فيما وافق الحق، وصلوا وراءهم، فإن أحسنوا فلكم ولهم، وإن أساءوا فلكم وعليهم. قال ابن الجوزي: عبد الله بن محمد بن يحيى، قال أبو حاتم الرازي: متروك الحديث. وقال ابن حبان: لا يحل كتب حديثه. أ. هـ‍. قلت: وذكره ابن عدي في الكامل (4/ 1501- 1502) ، وقال: ولعبد الله بن محمد بن عروة غير ما ذكرت من الحديث، وأحاديثه عامتها مما لا يتابعه الثقات عليه، ولم أجد من المتقدمين فيه كلاماً، ولم أجد بدأ من ذكره لما رأيت من أحاديثه أنها غير محفوظة، لما شرطت في أول الكتاب.
قلت: فكأنه لم يقف على كلام أبي حاتم الرازي غير أن آخر الحديث قد صح من وجه آخر. أعني قوله: فإن أحسنوا فلكم ولهم …الخ . فأخرجه أبو داود (580) وابن ماجه (983) وأحمد والطيالسي (1004) وابن خزيمة (1513) وابن حبان (ج 3/ رقم 2218) ، والطحاوي في المشكل (3/ 54) والحاكم (1/ 209، 213) والبيهقي (3/ 127) من طريق أبي علي الهمداني، قال سمعت عقبة بن عامر مرفوعاً: من أمّ الناس فأصاب، فالصلاة لهُ ولهم، ومن انتقص من ذلكَ شيئاً، فعليه ولا عليهم)) . وقال الحاكم: صحيح على شرط البخاري شيئاً. ومن اختلف في سند هذا الحديث وهل الذي رواه عن أبي علي هو عبد الرحمن بن حرملة، أو حرملة بن عمران
وانظر التاريخ الكبير للبخاري (1/ 1/160) وليس ههنا موضع شرح ذلكَ. والحاصل أن الحديث صحيح. وأخرج البخاري (2/187 – فتح) من حديث أبي هريرة مرفوعاً. يصلون لكم فإن أصابوا فلكم، وإن أخطئوا فلكم وعليهم. وأخرجه البيهقي (3/ 126- 127) وغيره. وهناك غير ما حديث في هذا الباب.
ثالثاً: حديث ابن مسعود، رضي الله عنه.
أخرجه الدارقطني (2/ 57) وعن طريقه ابن الجوزي (1/ 419- 420) من طريق عمر بن صبح، عن منصور، عن إبراهيم، عن علقمة، والأسود، عن ابن مسعود مرفوعاً: ثلاث من السنة: الصف خلف كل إمام، لك صلاتك، وعليه أثمة. والجهاد مع كل أمير، لك جهادك وعليه شره. والصلاة على كل ميت من أهل القبلة، وإن كان قاتل نفسه.
قلت: وسنده ضعيف جداً. وعمر بن صبح كذبه الأزدي، وقال ابن حبان: كان ممن يضع الحديث. وتركه الدارقطني وغيره.
رابعاً: حديث ابن عمر رضي الله عنهما.
وله عنه طرق:
الأول: مجاهد، عنه مرفوعاً: صلوا على من قال: لا إله إلا الله وصلوا وراء من قال: لا إله إلا الله. أخرجه الدارقطني (2/ 56) والخطيب(6/309و 11/ 293) وابن الجوزي (1/ 420) من طريق محمد بن الفضل، نا سالم الأفطس، عن مجاهد.
قلت: وسنده واه جداً. محمد بن الفضل كذبه ابن معين، واتهمه أحمد، وتركه النسائي. وخالفه سويد بن عمرو، فرواه عن سالم الأفطس، عن سعيد بن جبير، عن ابن عمر. فجعل شيخ سالم الأفطس:
سعيد بن جبير بدل مجاهد أخرجه أبو نعيم في الحلية (10/ 320) من طريق نصر بن الحريش عن المشمعل بن ملحان عن سويد به. وسنده ضعيف. نصر ضعفه الدارقطني كما ف(تاريخ بغداد (13/ 286) والمشمعل قال ابن معين: ما أرى به بأساً. ووثقه بن حبان. وضعفه الدارقطني. فطريق سويد أرجح من طريق محمد بن الفضل.
الثاني: عطاء بن أبي رباح، عنهُ. أخرجه الدارقطني (2/56) ، وأبو نعيم في أخبار أصبهان (2/317) ، وابن الجوزي (1/420) من طريق عثمان بن عبد الرحمن، عن عطاء، قالَ ابن الجوزي: وعثمان، قالَ يحيى: ليس بشيء كانَ يكذب، وقال البخاري والنسائي وأبو داود: ليس بشيء. وقال الدارقطني: متروك.
قلت: وله طريق آخر، عن نافع، عن ابن عمر ومداره على بعض الكذابين كوهب بن وهب، وخالد بن إسماعيل.
خامساً: حديث أبي الدرداء رضي الله عنه.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (3/ 90) ومن طريقه ابن الجوزي (1/ 423) من طريق عبد الجبار بن الحجاج بن ميمون عن مكرم بن حكيم عن منير بن سيف عن أبي الدرداء مرفوعاً: صلوا خلف كل إمام وقاتلوا مع كل أمير. قال العقيلي: عبد الجبار عن مكرمة بن حكيم إسناده مجهول غير محفوظ، وليس في هذا المتن إسناده ثابت.
قلت: وعبد الجبار هذا تركه الأزدي. ومكرم بن حكيم قالَ في الميزان : روى خبراً باطلاً، قال الأزدي: ليس حديثه بشيء. ومنير بن سيف كذا وقع عند العقيلي، والصواب: سيف ابن منير. قال في الميزان : سيف بن منير عن أبي الدرداء، يجهل وضعفه الدارقطني لكونه أتى بأمر معضل عن أبي الدرداء مرفوعاً: لا تكفروا أهل ملتي وإن عملوا الكبائر. لكنه من رواية مكرم بن حكيم أحد الضعفاء عنه. فالسند ساقط لأنه مسلسل بالعلل.
سادساً: حديث واثلة بن الأسقع، رضي الله عنه.
أخرجه الدارقطني (2/ 57) ، وابن الجوزي (1/ 422- 423) من طريق الحارث بن نبهان ثنا عتبة بن اليقظان عن أبي سعيد عن مكحول عن واثلة مرفوعاً. لا تكفروا أهل قبلتكم وإن عملوا الكبائر، وصلوا مع كل إمام، وجاهدوا مع كل أمير، وصلوا على كل ميت. قال ابن الجوزي:
عتبة بن اليقظان قال علي بن الحسين بن الجنيد: لا يساوي شيئاً. وفيه الحارث بن بنهان. قال يحيى: ليس بشيء، وقال النسائي: متروك. وقال ابن حبان: لا يحتج به. وأبو سعيد قال الدارقطني: مجهول أ. هـ‍. وقد أختلف على الحارث بن نبهان في إسناده كما في سنن الدارقطني .
وبالجملة فالحديث ضعيف جداً ولذا قال الدارقطني: ليس فيه شيء يثبت. وقال أحمد: ما سمعنا بهذا . أما الصلاة خلف الفاسق فجائزة بالإجماع، ولها قيود ذكرتها في بذل الإحسان. (772) فالحمد لله على التوفيق.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan melalui hadith ‘Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Abu al-Darda’, Wathilah Ibn al-Asqa’ semoga Allah meredhai mereka semua.
Pertama: Hadith ‘Ali bin Abi Talib RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/57), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (710) melalui al-Daraqutni, daripada sanad Abu Ishaqi al-Qinnasrini, katanya Furat bin Sulayman telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin ‘Ulwan daripada al-Harith daripada ‘Ali secara marfu’: "Antara usul agama adalah solat dibelakang setiap orang yang baik dan jahat, berjihad bersama semua pemimpin, engkau mendapat pahalamu, juga solat kepada sesiapa sahaja yang mati dalam kalangan ahli Kiblat". Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak sahih. Al-Harith, Ibn al-Madini berkata tentang beliau: "Beliau kaki dusta", manakala Furat bin Sulayman pula, Ibn Hibban berkata: "Munkar al-Hadith Jiddan, beliau membawakan hadith yang tidak syak lagi ianya rekaan".
Saya berkata: Begitulah beliau bersikap melampau. Al-Harith bukanlah seorang kaki dusta sekalipun beliau seorang yang lemah. Adapun Furat bin Sulayman beliau, begitu ejaannya, sebetulnya Salman tanpa huruf Ya’. Ibn Abi Hatim telah membuat biografi beliau dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/2/80) dan menukilkan daripada ayahnya bahawa ayahnya berkata: "Beliau tidak ada masalah, status beliau adalah al-Sidq (Benar), seorang Soleh al-Hadith". Kata-kata Ibn Hibban tadi adalah berkenaan Furat bin Sulaym sebagaimana dalam al-Majruhin (2/207). Ini termasuk kekeliruan Ibn al-Jawzi yang berpunca daripada sikap gopoh beliau [al-Zaila'ei tidak memberikan peringatan tentang penilaian tersebut menyebabkan al-Zaila'ei menuruti Ibn al-Jawzi sebagaimana dalam Nasb al-Rayah (2/207)].
Buktinya adalah beliau sendiri menyebutkan dalam kitab al-Dhu’afa’ beliau sebagai Furat bin Sulaym (pada : 2696), bukannya Furat bin Salman. Ibn al-Jawzi terlupa tentang status Abu Ishaq al-Qinnasrini bahawa beliau seorang Majhul sebagaimana disebutkan oleh al-Zahabi dalam al-Mizan (4/489), demikian juga Muhammad bin ‘Ulwan seorang yang Majhul sebagaimana kata Abu Hatim berdasarkan apa yang disebutkan oleh anak beliau dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (4/1/49). Oleh itu, sanadnya Saqit (gugur kelayakan berhujjah).
Kedua: Hadith Abu Hurairah RA. Ianya telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah melalui dua sanad. Pertama: Makhul daripada Abu Hurairah. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Daud (2/304 – 7/207 – ‘Awn), al-Daraqutni (2/57), al-Baihaqi (3/121), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/418-419) melalui sanad Mu’awiyah bin Soleh daripada al-‘Ala’ bin al-Harith daripada Makhul daripada Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafaz sebagaimana hadith bab ini. Al-Daraqutni berkata: "Makhul tidak sempat mendengar hadith daripada Abu Hurairah. Perawi dia peringkat bawah beliau adalah perawi-perawi thiqah". Al-Baihaqi berkata: "Sanadnya sahih selain berlaku mursal pada sanadnya antara Makhul dan Abu Hurairah". Demikian juga Ibn al-Jawzi, al-Munziri, al-Turkumani dan lain-lain menilai cacat hadith tersebut. Namun, hanya Ibn al-Jawzi menyebutkan satu lagi kecacatan yang lain, ianya termasuk salah satu perkara ajaib, iaitu kata Ibn al-Jawzi: "Mu’awiyah bin Soleh, al-Razi berkata berkenaannya: ‘Tidak boleh berhujjah dengan riwayat beliau’".
Saya berkata: Mu’awiyah bin Soleh seorang yang thiqah, namun mempunyai beberapa hadith yang beliau bersendirian meriwayatkannya, maka tidak patut dinilai cacat hadith tersebut disebabkan beliau. Atau setiap kali anda melihat ketempangan pada perawi yang thiqah, maka dengan pantas anda membawakan (ketempangan)nya? Ibn ‘Abd al-Hadi telah mengkritik Ibn al-Jawzi berkenaan kecacatan ini. Hadith tersebut ada sanad lain daripada Makhul. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/56), dan oleh Ibn al-Jawzi (1/422) melalui al-Daraqutni, daripada sanad Baqiyyah, katanya saya telah mendengar al-Ash’ath meriwayatkan daripada Yazid bin Yazid Ibn Jabir daripada Makhul daripada Abu Hurairah secara marfu’: "Sembahyang adalah wajib kepada kamu bersama setiap pemimpin samada baik atau jahat, sekalipun dia melakukan dosa besar. Begitu juga jihad wajib kepada kamu bersama setiap pemimpin samada baik atau jahat sekalipun dia membuat dosa besar. Dan solat adalah wajib dilakukan terhadap setiap muslim yang meninggal dunia samada baik atau jahat sekalipun dia melakukan dosa besar". Ibn al-Jawzi berkata: "Ash’ath perawi yang dikritik, manakala Baqiyyah pula tidak kuat riwayat beliau”. Al-Daraqutni berkata: ‘Makhul tidak sempat bertemu Abu Hurairah’".
Kedua: Abu Soleh daripada Abu Hurairah. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/55), juga oleh Ibn al-Jawzi (1/421-422) melalui al-Daraqutni, daripada sanad Abd Allah Ibn Muhammad bin Yahya bin ‘Urwah daripada Hisham bin ‘Urwah daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu’: "Kelak setelah kewafatanku, kamu akan dipimpin oleh para pemimpin. Ada pemimpin baik yang akan memimpin kamu dengan kebaikannya da nada pemimpin jahat yang akan memimpin kamu dengan kejahatannya. Oleh itu, dengarkanlah mereka dan taatilah perintah yang bertepatan dengan kebenaran dan solatlah dibelakang mereka, kerana jika mereka berbuat baik, maka pahala untuk kamu dan juga untuk mereka. Namun, jika mereka berbuat jahat maka pahala untuk kamu dan dosa untuk mereka". Ibn al-Jawzi berkata: "Abd Allah bin Muhammad bin Yahya, Abu Hatim al-Razi berkata: ‘Matruk al-Hadith’, Ibn Hibban pula berkata: ‘Tidak halal menulis hadith beliau’".
Saya berkata: Ibn ‘Adi telah menyebutkannya dalam al-Kamil (4/1501-1502) seraya berkata: "Abd Allah bin Muhammad bin ‘Urwah mempunyai hadith lain yang tidak saya sebutkan. Keseluruhan hadith-hadith beliau tidak ada sokongan oleh perawi-perawi thiqah, saya juga tidak menemui perbahasan tentang beliau daripada ulama mutaqaddimin.Saya merasakan perlu untuk saya sebutkannya kerana saya melihat sebahagian hadith-hadith beliau tidak mahfuz, bertepatan dengan syarat saya pada permulaan kitab ini". Saya berkata: Sepertinya Ibn ‘Adi tidak menemui kalam Abu Hatim al-Razi.Namun, bahagian akhir hadith tersebut sahih melalui sanad lain, iaitu bahagian: "Sekiranya mereka berbuat baik, maka kamu akan memperolehi pahala, begitu juga mereka". Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Daud (580), Ibn Majah (983), Ahmad, al-Tayalisi (1004), Ibn Khuzaimah (1513), Ibn Hibban (juz 3/ hadith : 2218), al-Tahawi dalam al-Mushkil (3/54), al-Hakim (1/209, 213), dan al-Baihaqi (3/127) melalui sanad Abu ‘Ali al-Hamadani, katanya saya mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir secara marfu’: "Sesiapa yang menjadi Imam kepada orang ramai, lalu dia betul, maka pahala solat tersebut untuknya dan untuk mereka. Manakala, sesiapa yang mengurangi apa-apa tuntutan solat tersebut, maka dia yang menanggung dosa, bukan mereka".
Al-Hakim juga mengulas dengan berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari", diperseutjui oleh al-Zahabi. Mereka berdua telah terkeliru dalam penilaian tersebut. Ini kerana Abu ‘Ali al-Hamadani, nama beliau Thumamah bin Shifa, al-Bukhari tidak pernah mengeluarkan mana-mana hadith beliau. Juga berlaku perbezaan riwayat dalam sanad hadith ini. Adakah orang yang meriwayatkannya daripada Abu ‘Ali adalah ‘Abd al-Rahman bin Harmalah atau Harmalah bin ‘Imran [Lihat al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari (1/1/160)]? Di sini bukanlah tempatnya untuk menghuraikannya.
Kesimpulannya, hadith tersebut sahih. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (2/187 – al-Fath) melalui hadith Abu Hurairah secara marfu’: "Mereka solat untuk kamu. Jika mereka betul, maka kamu memperolehi pahala, dan jika mereka salah, maka kamu memperolehi pahala dan mereka memperolehi dosa". Ianya juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi (3/126-127) dan lain-lain. Disana juga terdapat bukan hanya satu hadith sahaja dalam bab ini.
Ketiga: Hadith Ibn Mas’ud r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/57), juga oleh Ibn al-Jawzi (1/419 – 420) melalui al-Daraqutni, daripada sana ‘Umar bin Subh daripada Mansur daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah daripada al-Aswad daripada Ibn Mas’ud secara marfu’: "Tidak perkara termasuk sunnah; iaitu berada dalam saf belakang setiap pemimpin, engkau akan mendapat pahala solatmu dan dia mendapat dosa kerana kesalahannya. Berjihad bersama setiap pemimpin, engkau mendapat pahala jihadmu dan dia mendapat dosa kejahatannya. Dan solat kepada setiap orang mati dalam kalangan ahli kiblat sekalipun dia membunuh diri".
Saya berkata: Sanadnya terlalu dha’if. ‘Umar bin Subh telah dinilai sebagai pendusta oleh al-Azdi dan Ibn Hibban berkata: "Beliau termasuk perawi yang selalu memalsukan hadith". Al-Daraqutni dan lain-lain telah meninggalkan riwayat beliau.
Keempat: Hadith Ibn ‘Umar r.a. Hadith tersebut mempunyai beberapa sanad; Pertama: Mujahid daripada ‘Umar secara marfu’: "Solatlah kepada jenazah yang mengucapkan La Ilaha Illallah, dan solatlah dibelakang orang yang mengucapkan La Ilaha Illallah". Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/56), al-Khatib (6/309, 11/293), Ibn al-Jawzi (1/420) melalui sanad Muhammad bin al-Fadhl, katanya Salim al-Aftas telah menceritakan kepada kami daripada Mujahid.
Saya berkata: Sanadnya terlalu lemah. Muhammad bin al-Fadhl telah dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma’in dan Ahmad mendakwa beliau melakukan pendustaan. Al-Nasa’ei pula telah meninggalkan riwayat beliau. Suwaid bin ‘Amr telah meriwayatkan berbeza dengan Muhammad bin al-Fadhl, Suwaid meriwayatkannya daripada Salim al-Aftas daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Umar. Suwaid telah memasukkan guru kepada Salim al-Aftas iaitu Sa’id bin Jubair mengantikan Mujahid. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (10/320) melalui sanad Nasr bin al-Harish daripada al-Mushma’il bin Milhan daripada Suwaid dengan sanad beliau. Sanadnya dha’if. Nasr telah dinilai dha’if oleh al-Daraqutni sebagaimana dalam Tarikh Baghdad (13/286). Al-Mushma’il pula, Ibn Ma’in berkata: "Saya tidak melihat beliau ada masalah". Ibn Hibban telah menilai beliau sebagai thiqah. Al-Daraqutni pula menilai beliau sebagai dha’if. Oleh itu, sanad Suwaid lebih tepat berbanding sanad Muhammad bin al-Fadhl.
Kedua: ‘Ata’ bin Abi Rabah daripada ‘Umar. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/56), Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (2/317) dan Ibn al-Jawzi (1/420) melalui sanad ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman daripada ‘Ata’. Ibn al-Jawzi berkata: "’Berkenaan ‘Uthman, Yahya berkata: ‘Beliau tidak ada nilai, beliau kerapkali berdusta’, al-Bukhari, al-Nasa’ei, dan Abu Daud pula berkata: ‘Beliau tidak ada nilai’, manakala al-Daraqutni berkata: ‘Matruk’".
Saya berkata: Hadith tersebut ada sanad lain daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar, namun sanadnya berkisar kepada sebahagian perawi pendusta seperti Wahb bin Wahb dan Khalid bin Isma’il.
Kelima: Hadith Abu al-Darda’ r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/90), juga oleh Ibn al-Jawzi (1/423) melalui al-‘Uqaili, daripada Sanad ‘Abd al-Jabbar Ibn al-Hajjaj bin Maimun daripada Makram bin Hakim daripada Munir bin Saif daripada Abu al-Darda’ secara marfu: "Solatlah dibelakang setiap pemimpin dan berperanglah bersama setiap pemimpin". Al-‘Uqaili berkata: "’Abd al-Jabbar daripada Makram bin Hakim, sanadnya Majhul lagi tidak mahfuz. Bagi matan ini tidak ada sanad yang thabit".
Saya berkata: ‘Abd al-Jabbar ini telah ditinggalkan riwayatnya oleh al-Azdi. Makram bin Hakim berkata dalam al-Mizan: "Beliau meriwayatkan khabar yang batil". Al-Azdi berkata: "Hadith beliau tidak ada nilai". Munir bin Saif pula, demikianlah ejaan yang terdapat dalam riwayat al-‘Uqaili, sebetulnya Saif Ibn Munir. Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: "Saif bin Munir daripada Abu al-Darda’, tidak diketahui. Al-Daraqutni telah menilai beliau sebagai dha’if kerana beliau meriwayatkan sesuatu yang mu’dhal (terputus sanad secara berturut-turut) daripada Abu al-Darda’ secara marfu’: "Janganlah kamu kafirkan penganut agamaku sekalipun mereka melakukan dosa-dosa besar", Namun hadith tersebut telah diriwayatkan melalui riwayat Makram Ibn Hakim oleh salah seorang perawi dha’if daripada Makram. Oleh itu, sanad tersebut Saqit kerana terdapat rantaian kecacatan.
Keenam: Hadith Wathilah bin al-Asqa’ r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (2/57), dan Ibn al-Jawzi (1/422-423) melalui sanad al-Harith bin Nubhan, katanya ‘Utbah al-Yaqzan telah menceritakan kepada kami daripada Abu Sa’id daripada Makhul daripada Wathilah secara marfu’: "Janganlah kamu mengkafirkan ahli kiblah kamu sekalipun mereka melakukan dosa-dosa besar. Solatlah bersama setiap imam dan berjihadlah bersama setiap pemimpin. Juga lakukanlah solat ke atas setiap jenazah". Ibn al-Jawzi berkata: "’Utbah ibn al-Yaqzan, ‘Ali bin al-Husain bin al-Junaid berkata: ‘Beliau tidak menyamai apa pun’. Dalam sanadnya juga terdapat al-Hartith bin Nubhan. Yahya berkata: ‘Beliau tidak ada nilainya’, al-Nasa’ei berkata: ‘Matruk’. Ibn Hibban pula berkata: ‘Tidak boleh berhujjah dengan riwayat beliau’. Manakala, Abu Sa’id pula, al-Daraqutni berkata: ‘Majhul’". Berlaku perbezaan riwayat terhadap al-Harith bin Nubhan dalam sanadnya sebagaimana dalam Sunan al-Darimi.
Kesimpulannya, hadith tersebut terlalu dha’if. Oleh itu, al-Daraqutni berkata: "Pada beliau tidak ada satu pun yang thabit". Ahmad pula berkata: "Kami tidak pernah mendengar sanad ini". Adapun berkenaan solat dibelakang orang fasiq, ianya harus berdasarkan ijmak. Ianya ada perincian-perincian yang telah saya sebutkan dalam Bazl al-Ihsan (772). Segala puji bagi Allah yang memberikan taufik.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.