Tidak ada kelalaian dalam solat khauf (solat ketika perang)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس في صلاة الخوف سهو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kelalaian dalam solat khauf (solat ketika perang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296, hadis nombor 1561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس في صلاة الخوف سهو)).
[المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (4394)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada kelalaian dalam solat khauf (solat ketika perang).
[Riwayat al-Mukhallis dalam al-Fawaid al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4394]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.