Aku keluar bersama dengan Abdullah RA menuju ke Makkah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن هاتين الصلاتين حولنا عن وقتهما في هذا المكان (يعني: المزدلفة): المغرب والعشاء، فلا يقدم الناس جمعا حتى يعتموا، وصلاة الفجر هذه الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua solat ini dialihkan dari waktu keduanya pada tempat ini (di Muzdalifah): (pertama) solat Maghrib dan solat Isya’. Oleh itu, orang ramai tidak sampai ke sini (Muzdalifah) sehinggalah waktu Isya’. Manakala solat Fajar pula dilakukan pada waktu ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296, hadis nombor 1562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن يزيد قال: خرجنا مع عبد الله رضي الله عنه، إلى مكة، ثم قدمنا جمعا، فصلى الصلاتين كل صلاة وحدها بأذان وإقامة، والعشاء بينهما، ثم صلى الفجر حين طلع الفجر، قائل يقول: طلع الفجر، وقائل يقول: لم يطلع الفجر، ثم قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن هاتين الصلاتين حولتا عن وقتهما، في هذا المكان، المغرب والعشاء، فلا يقدم الناس جمعا حتى يعتموا، وصلاة الفجر هذه الساعة، ثم وقف حتى أسفر، ثم قال: لو أن أمير المؤمنين أفاض الآن أصاب السنة، فما أدري: أقوله كان أسرع أم دفع عثمان رضي الله عنه، فلم يزل يلبي حتى رمى جمرة العقبة يوم النحر.
[خ، ((الضعيفة)) (4835/م)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Yazid, beliau berkata: Aku keluar bersama dengan Abdullah RA menuju ke Mekah. Kemudian kami sampai (disana) dan hendak menunaikan solat (secara) jama’, lalu beliau pun menunaikan solat dengan dua kali solat. Setiap satunya disertakan dengan azan dan juga iqamah dan menikmati makan malam antara dua waktu solat itu. Kemudian beliau mendirikan solat Fajar sebaik sahaja fajar terbit. (Ketika itu) ada seseorang yang berkata: telah terbit fajar; manakala seorang yang lain berkata: fajar belum terbit lagi. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya dua solat ini dialihkan dari waktu keduanya pada tempat ini (di Muzdalifah): (pertama) solat Maghrib dan solat Isya’. Oleh itu, orang ramai tidak sampai ke sini (Muzdalifah) sehinggalah waktu Isya’. Manakala solat Fajar pula dilakukan pada waktu ini. Kemudian beliau kekal di situ sehinggalah langit sedikit cerah. Kemudian beliau berkata: Kalaulah Amir al-Mu’minin sampai ke sini pada waktu sekarang ini, maka beliau telah menepati sunnah. (Perawi berkata) Aku tidak tahu yang manakah lebih cepat, adakah ucapannya (‘Abdullah) ataupun pemergian ‘Uthman RA. Abdullah berterusan bertalbiah sehinggalah dia melontar Jamrah al-‘Aqabah pada hari sembelihan korban (10 Zulhijjah).
[Riwayat Sahih al-Bukhari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4835/م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.