TEKS BAHASA ARAB
مروا أبا ثابت يتعوذ، قلت: يا سيدي! والرقى صالحة؟ فقال: لا رقية إلا في نفس، أو حمة، أو لدغة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Suruhlah Abu Thabit meminta perlindungan. Aku pun bertanya: Wahai tuanku! Adakah ruqyah boleh digunakan? Baginda menjawab: Tidak ada ruqyah kecuali untuk sakit disebabkan mata, patukan ular dan sengatan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427, hadis nombor 7251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سهل بن حنيف، قال: مررنا بسيل فدخلت فاغتسلت فيه فخرجت محموما، فنما ذلك إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم: مروا أبا ثابت يتعوذ، قلت: يا سيدي! والرقى صالحة؟ فقال: لا رقية إلا في نفس، أو حمة، أو لدغة.
[د، ك، حم، ابن السني، ((الضعيفة)) (1854)]
(Lemah)
Daripada Sahl bin Hunaif, katanya: Kami melintasi suatu sungai, kemudian aku pun masuk mandi di dalamnya, lalu aku pun keluar dalam keadaan demam (demam kerana disihir). Setelah itu, sampai berita tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Suruhlah Abu Thabit meminta perlindungan. Aku pun bertanya: Wahai tuanku! Adakah ruqyah boleh digunakan? Baginda menjawab: Tidak ada ruqyah kecuali untuk sakit disebabkan mata, patukan ular dan sengatan.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1854]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.