Hafalan al-Qur'an adalah nikmat yang paling utama

TEKS BAHASA ARAB

من أعطاه الله عز وجل حفظ كتابه، فظن أن أحدا أوتي أفضل مما أوتي، فقد غمط أفضل النعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang Allah ‘azza wa jalla berikan kepadanya hafalan al-Qur’an, lalu dia menyangka bahawa seseorang telah diberikan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang telah diberikan kepadanya, maka dia telah meremehkan nikmat yang paling utama.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427, hadis nombor 7252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن رجاء الغنوي مرفوعا: من أعطاه الله عز وجل حفظ كتابه، فظن أن أحدا أوتي أفضل مما أوتي، فقد غمط أفضل النعم.
[تخ، ((الضعيفة)) (1811)]

(Sangat lemah)
Daripada Raja’ al-Ghanawi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang Allah ‘azza wa jalla berikan kepadanya hafalan al-Qur’an, lalu dia menyangka bahawa seseorang telah diberikan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang telah diberikan kepadanya, maka dia telah meremehkan nikmat yang paling utama.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1811]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs