Tidak ada perkara yang lebih baik datang daripada orang muslim atau orang kafir melainkan Allah memberikan penghargaan kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحماً، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذاباً دون العذاب. وقرأ: (أدخلوا آل فرعون أشد العذاب).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada perkara yang lebih baik datang daripada orang muslim atau orang kafir melainkan Allah memberikan penghargaan kepadanya. Kami pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah penghargaan yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Baginda bersabda: Jika dia menyambung hubungan rahim, atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan satu kebaikan, Allah memberikan penghargaan kepadanya melalui harta, anak, kesihatan dan seumpamanya. Kami pun bertanya: Lalu apa pula penghargaan yang diperolehi di akhirat? Baginda menjawab: Azab yang tidak azab yang sebenar. Baginda pun membaca: Masukkanlah golongan Fir’aun ke dalam azab yang sangat pedih.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344 – 1345, hadis nombor 6870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحماً، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذاباً دون العذاب. وقرأ: (أدخلوا آل فرعون أشد العذاب).
[ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4983، 6701)].

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada perkara yang lebih baik datang daripada orang muslim atau orang kafir melainkan Allah memberikan penghargaan kepadanya. Kami pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah penghargaan yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Baginda bersabda: Jika dia menyambung hubungan rahim, atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan satu kebaikan, Allah memberikan penghargaan kepadanya melalui harta, anak, kesihatan dan seumpamanya. Kami pun bertanya: Lalu apa pula penghargaan yang diperolehi di akhirat? Baginda menjawab: Azab yang tidak azab yang sebenar. Baginda pun membaca: Masukkanlah golongan Fir’aun ke dalam azab yang sangat pedih.
[Riwayat Ibn Shahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn Majah dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4983, 6701]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs