Pada hari kiamat dia suka sekiranya hanya diberikan dunia sekadar makanan asasi sahaja

TEKS BAHASA ARAB

ما من غني ولا فقير؛ إلا ود يوم القيامة أنه أوتي من الدنيا قوتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak seorang pun dalam kalangan orang kaya mahupun orang fakir; melainkan pada hari kiamat dia suka sekiranya hanya diberikan dunia sekadar makanan asasi sahaja.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis nombor 6871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: ما من غني ولا فقير؛ إلا ود يوم القيامة أنه أوتي من الدنيا قوتا.
[هـ، حم، حل، ((الضعيفة)) (4869)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak seorang pun dalam kalangan orang kaya mahupun orang fakir; melainkan pada hari kiamat dia suka sekiranya hanya diberikan dunia sekadar makanan asasi sahaja.
[Riwayat Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4869]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.