Tidak ada ketakutan bagi ahli “la ilaha illa Allah”(beriman) di dalam kubur mereka dan di hari kebangkitan

TEKS BAHASA ARAB

ليس على أهل لا إله إلا الله وحشة في قبورهم ولا منشرهم، وكأني بأهل لا إله إلا الله وهم ينفضون التراب عن رؤوسهم وهم يقولون: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada ketakutan bagi ahli “La ilaha illa Allah” (beriman) di dalam kubur mereka dan di hari kebangkitan, seolah-olah aku bersama dengan mereka, lalu (aku melihat) mereka menyapu debu tanah dari kepala mereka dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka daripada kami.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis nombor 8770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ليس على أهل لا إله إلا الله وحشة في قبورهم ولا منشرهم، وكأني بأهل لا إله إلا الله وهم ينفضون التراب عن رؤوسهم وهم يقولون: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن.)) [ابن أبي الدنيا في ((حسن الظن))، طس، الفلاكي في ((الفوائد))، الجرجاني، هب، خط، ((الضعيفة)) (3853) ]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada ketakutan bagi ahli “La ilaha illa Allah” (beriman) di dalam kubur mereka dan di hari kebangkitan, seolah-olah aku bersama dengan mereka, lalu (aku melihat) mereka menyapu debu tanah dari kepala mereka dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka daripada kami.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Husn al-Zhan, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Falaki dalam al-Fawaid, al-Jurjani, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3853].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs