TEKS BAHASA ARAB
إذا مات أحدكم فلا تحسبوه، وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب، وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila meninggal seseorang daripada kamu maka janganlah kamu menyimpannya (melengahkan pengebumiannya), bersegeralah dengannya ke kuburnya, bacalah di sisi kepalanya surah al-Fatihah dan di sisi kedua kakinya akhir surah al-Baqarah di kuburnya
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis nombor 8771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما: سكعت النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إذا مات أحدكم فلا تحسبوه، وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب، وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره.)) [طب، هب، ((الضعيفة)) (4140)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah ibn Umar RA beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: ((Apabila meninggal seseorang daripada kamu maka janganlah kamu menyimpannya (melengahkan pengebumiannya), bersegeralah dengannya ke kuburnya, bacalah di sisi kepalanya surah al-Fatihah dan di sisi kedua kakinya akhir surah al-Baqarah di kuburnya)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4140].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.