Tidak dihalang dunia daripada sesiapa pun melainkan ia baik untuknya

TEKS BAHASA ARAB

ما زويت الدنيا عن أحد إلا كانت خيرة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dihalang dunia daripada sesiapa pun melainkan ia baik untuknya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2028, hadis nombor 10202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – رفعه: ما زويت الدنيا عن أحد إلا كانت خيرة له.
[فر، الرافعي، ((الضعيفة)) (4446)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA, beliau menyandarkan kepada Nabi SAW: Tidak dihalang dunia daripada sesiapa pun melainkan ia baik untuknya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4446]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.