Dia melihat di dalamnya suatu musibah tanpa adanya kematian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أنعم الله على عبد نعمة في مال، أو أهل، أو ولد، فقال: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرى فيها آفة دون الموت، وقرأ: {ولولا إذ دخلت جنتك قلت ما شاء الله لا قوة إلا بالله}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa harta atau keluarga atau anak, lalu dia menyebutkan: Apa sahaja yang Allah kehendaki (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah (Masha Allah, La Quwwah Illa Billah), lalu dia melihat di dalamnya suatu malapetaka (musibah) tanpa kematian (mati). Baginda pun membaca: {Dan kalaulah ketika kamu mahu masuk ke kebunmu, kamu mengucapkan: Apa yang dikehendaki oleh Allah (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah} [Surah al-Kahfi ayat 39].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1433 – 1434, hadis nombor 7283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: ما أنعم الله على عبد نعمة في مال، أو أهل، أو ولد، فقال: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرى فيها آفة دون الموت، وقرأ: {ولولا إذ دخلت جنتك قلت ما شاء الله لا قوة إلا بالله}.
[ابن أبي الدنيا في ((الشكر))، هب، طص، طس، ابن السني، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، خط، ((الضعيفة)) (2012)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa harta atau keluarga atau anak, lalu dia menyebutkan: Apa sahaja yang Allah kehendaki (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah (Masha Allah, La Quwwah Illa Billah), lalu dia melihat di dalamnya suatu malapetaka (musibah) tanpa kematian (mati). Baginda pun membaca: {Dan kalaulah ketika kamu mahu masuk ke kebunmu, kamu mengucapkan: Apa yang dikehendaki oleh Allah (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah} [Surah al-Kahfi ayat 39].
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Shukr, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Shaghir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn al-Sunni, al-Baihaqi dalam al-Asma’ Wa al-Sifat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2012]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.