Tiadalah seorang hamba lelaki atau perempuan itu beristighfar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ولا أمة استغفر في كل يوم سبعين مرة إلا غفر الله له سبعمائة ذنب، وقد خاب عبد أو أمة عمل في اليوم والليلة أكثر من سبعمائة ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiadalah seorang hamba lelaki atau perempuan itu beristighfar memohon ampun dalam setiap hari 70 kali kecuali Allah akan mengampunkan untuknya 700 dosa. Maka sesungguhnya telah celakalah seorang hamba lelaki atau perempuan yang mengerjakan dalam sehari semalam lebih daripada 700 dosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis nombor 10089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في مسير فقال: استغفروا، فاستغفرنا، فقال: أتموها سبعين مرة، فأتممناها سبعين مرة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد ولا أمة استغفر في كل يوم سبعين مرة إلا غفر الله له سبعمائة ذنب، وقد خاب عبد أو أمة عمل في اليوم والليلة أكثر من سبعمائة ذنب.
[أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، خط، هب، الأصبهاني، الرافعي، ((الضعيفة)) (2726)]

(Lemah)
Daripada Anas RA berkata: Pernah kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan seraya baginda berkata: Beristighfarlah (mohon ampun). Lalu kami pun beristighfar. Lalu dia berkata: Cukupkannya 70 kali. Maka kami pun mencukupkannya 70 kali. Lalu Rasulullah SAW berkata: Tiadalah seorang hamba lelaki atau perempuan itu beristighfar memohon ampun dalam setiap hari 70 kali kecuali Allah akan mengampunkan untuknya 700 dosa. Maka sesungguhnya telah celakalah seorang hamba lelaki atau perempuan yang mengerjakan dalam sehari semalam lebih daripada 700 dosa.
[Riwayat Abu al-Sheikh al-Asbahani dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman, al-Asbahani dalam al-Targhib wat Tarheeb dan al-Rafi’e dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2726]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.