Tiadalah seorang hamba pun bersujud lalu menyebut: Tuhanku, ampunilah aku!

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يسجد فيقول: رب اغفر لي! ثلاث مرات؛ إلا غفر له قبل أن يرفع رأسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiadalah seorang hamba pun bersujud lalu menyebut: Tuhanku, ampunilah aku! Tiga kali; kecuali akan diampunkan untuknya sebelum dia mengangkat kepalanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis nombor 10090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن طارق بن أشيم الأشجعي – رضي الله عنه – مرفوعا: ما من عبد يسجد فيقول: رب اغفر لي! ثلاث مرات؛ إلا غفر له قبل أن يرفع رأسه.
[طب، ((الضعيفة)) (2839)]

(Lemah)
Daripada Taariq bin Ashyam al-Ashja’ei RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Tiadalah seorang hamba pun bersujud lalu menyebut: Tuhanku, ampunilah aku! Tiga kali; kecuali akan diampunkan untuknya sebelum dia mengangkat kepalanya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2839]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs