Tiada perbualan malam melainkan bagi tiga orang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا سمر إلا لثلاثة: مصل أو مسافر أو عروس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada perbualan malam melainkan bagi tiga orang: Orang yang solat, atau orang yang bermusafir atau pengantin.

STATUS

Mungkar dengan sebutan: "pengantin"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 379, hadis nombor 2013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «عروس») عن عائشة – رضي الله عنها – أن النبي ﷺ قال: «لا سمر إلا لثلاثة: مصل أو مسافر أو عروس». [سمويه في «الفوائد»، ع، «الضعيفة» (6524)].

(Mungkar Dengan Sebutan: "pengantin") Daripada ‘Aishah RA: bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Tiada perbualan malam melainkan bagi tiga orang: Orang yang solat, atau orang yang bermusafir atau pengantin.” [Riwayat Sammawayh dalam al-Fawa'id dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6524].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.