Ziarahilah orang sakit, sahutlah seruan orang yang menjemput

TEKS BAHASA ARAB

عودوا المريض، وأجيبوا الداعي، وأغبوا في العيادة، إلا أن يكون مغلوبا فلا يعاد، والتعزية مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ziarahilah orang sakit, sahutlah seruan orang yang menjemput, dan ziarahlah dalam tempoh berjarak, kecuali dia seorang yang tidak mengingati orang yang menziarahi maka tidak mengapa dia tidak ziarahi, dan ucapan takziah diucapkan sebanyak sekali sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis nombor 333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌عودوا ‌المريض، ‌وأجيبوا ‌الداعي، ‌وأغبوا ‌في ‌العيادة، ‌إلا ‌أن ‌يكون ‌مغلوباً ‌فلا ‌يعاد، ‌والتعزية ‌مرة)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3921)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfū‘: ‘’Ziarahilah orang sakit, sahutlah seruan orang yang menjemput, dan ziarahlah dalam tempoh berjarak, kecuali dia seorang yang tidak mengingati orang yang menziarahi maka tidak mengapa dia tidak ziarahi, dan ucapan takziah diucapkan sebanyak sekali sahaja.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3921).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.