Tiada hari-hari yang lebih Allah suka melainkan beribadah kepada-Nya pada 10 hari Zulhijjah

TEKS BAHASA ARAB

ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada hari-hari yang lebih Allah suka melainkan beribadah kepada-Nya pada 10 hari Zulhijjah. Puasa pada setiap hari tersebut menyamai puasa setahun. Bangun malam pada hari tersebut menyamai bangun pada malam al-Qadr.

STATUS

Lemah dengan matan yang sempurna ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis nombor 9537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر.
[ت، ه، ابن مخلد في ((المنتقى من أحاديثه))، ابن الأعرابي، البغوي، القاضي أبو يعلى في ((المجالس الستة))، ((الضعيفة)) (5142/م)]

(Lemah dengan matan yang sempurna ini)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada hari-hari yang lebih Allah suka melainkan beribadah kepada-Nya pada 10 hari Zulhijjah. Puasa pada setiap hari tersebut menyamai puasa setahun. Bangun malam pada hari tersebut menyamai bangun pada malam al-Qadr.”
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Mukhallad dalam Muntaqa Min Ahadithihi, Ibn al-’Arabi, al-Baghawi, al-Qadi Abi Ya’la dalam al-Majalis al-Sittah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5142/م]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.