Terdapat seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah telah diculik oleh jin

TEKS BAHASA ARAB

عن عائشة قالت: حدث رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة نساءه حديثا فقالت امرأة منهن: يا رسول الله هذا حديث خرافة، قال: " أتدرين ما خرافة؟ كان رجلا في بني عذرة، أسرته الجن، فمكث فيهم دهرا ثم ردوه إلى الإنس، فكان يحدث الناس بما رأى فيهم من الأعاجيب، فقال الناس: حديث خرافة "


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Aisyah R.anha berkata: “Rasulullah SAW menceritakan kepada isteri-isterinya satu kisah pada satu malam. Telah berkata salah seorang daripada mereka: Wahai Rasulullah! Ini adalah kisah khurafat! Baginda menjawab: Adakah kamu tahu apakah itu khurafat? Terdapat seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah telah diculik oleh jin dan dia bersama dengan mereka (jin) selama setahun, kemudian dia dikembalikan kepada manusia. Dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang dia lihat pada mereka (jin) daripada keajaiban. Maka manusia pun berkata: kisah khurafat.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1671, hadis nombor 8433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ‘Aisyah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Sunan al-Tirmidhi dalam al-Syamail, Musnad Ahmad dan al-Mulakhkhas dalam al-Fawaid al-Muntaqah.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs