Adakah kamu tahu apakah kisah khurafat?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتدرين ما حديث خرافة؟ إن خرافة كان رجلا من بني عذرة فأصابته الجن فكان فيهم حينا، فرجع إلى الإنس، فجعل يحدثهم بأشياء تكون في الجن، وبأعاجيب لا تكون في الإنس، فحدث أن رجلا من الجن كانت له أم، فأمرته أن يتزوج، فقال: إني أخشى أن يدخل عليك من ذلك مشقة أو بعض ما تكرهين، فلم تزل به حتى زوجته، فتزوج امرأة لها أم، فكان يقسم لامرأته ولأمه، ليلة عند هذه، وليلة عند هذه، قال: وكانت ليلة امرأته، فكان عندها، وأمه وحدها، فسلم عليها مسلم، فردت السلام ثم قال: هل من مبيت؟ قالت: نعم، قال: فهل من عشاء؟ قالت: نعم، قال: فهل من محدث يحدثنا؟ قالت: نعم، أرسل إلى ابني يحدثكم، قال: فما هذه الخشفة التي نسمعها في دارك؟ قالت: هذه إبل وغنم …


TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu tahu apakah kisah khurafat? Sesungguhnya khurafat merupakan seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah dan dia telah diculik jin lalu bersama mereka (jin) dalam satu tempoh, setelah itu dia pulang kepada manusia. Dia pun mula bercerita tentang perkara-perkara yang berlaku pada jin dan juga keajaiban yang tidak berlaku pada manusia. Dia bercerita bahawa terdapat seorang lelaki daripada jin yang mana dia mempunyai ibu dan ibunya memerintahkannya agar berkahwin. Dia berkata: Sesungguhnya aku takut dengan perkahwinanku akan mendatangkan kesusahan kepada kamu atau sebahagian yang kamu tidak suka. Perkara ini berterusan sehinggalah ibunya mengahwinkannya. Maka berkahwinlah dia dengan wanita yang mempunyai ibu. Lalu dia membahagikan masanya untuk isteri dan ibunya secara bergilir-gilir yang satu malam bersama bersama isteri dan satu malam lagi bersama ibuya. Dia berkata: Pada malam giliran si isterinya, dia bersama isterinya dan ibunya bersendirian. Tiba-tiba ada seorang memberi salam lalu dia menjawab salam. Kemudian dia berkata lagi: Adakah aku boleh tumpang untuk tidur? Ibunya menjawabnya: Ya. Dia bertanya lagi: Adakah terdapat makan malam? Ibunya menjawab: Ya. Dia bertanya lagi: Adakah terdapat orang yag menceritakan kisah? Dia menjawab: Ya, Aku utuskan kamu kepada anakku dan dia akan menceritakan kisah kepada kamu. Dia berkata lagi: Apakah bunyi seperti rusa yang kami dengar di rumah kamu ini? Dia menjawab: Ini adalah suara unta dan kambing…


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1671, hadis nombor 8432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Zam al-Baghi.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon