Janganlah bersumpah atas nama Allah bahawa Dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تألوا على الله، لا تألوا على الله؛ فإنه من تألى على الله أكذبه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah bersumpah atas nama Allah bahawa Dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang, janganlah bersumpah atas nama Allah bahawa Dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang. Kerana sesiapa yang melakukan demikian, Allah akan mendustakannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478, hadis nombor 2567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو راكب على الجدعاء وخلفه الفضل بن عباس يقول: ((لا تألوا على الله، لا تألوا على الله؛ فإنه من تألى على الله أكذبه الله)). [طب، ((الضعيفة)) (3992)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, bahawa beliau mendengar Rasululah SAW bersabda dalam keadaan Baginda sedang menunggang al-Jad’a’ (nama unta Baginda) dan al-Fadl bin ‘Abbas berada di belakang Baginda: “Janganlah bersumpah atas nama Allah bahawa Dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang, janganlah bersumpah atas nama Allah bahawa Dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang. Kerana sesiapa yang melakukan demikian, Allah akan mendustakannya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3992]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.