TEKS BAHASA ARAB
حديث: البطيخ وفضائله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tembikai dan kelebihannya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 63, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الديبع اليمني: صنف فيه أبو عمرو التوقاني جزءا وأحاديثه باطلة. وكذا قال الزركشي وغيره.
Ibn al-Daiba’ al-Yamani berkata: Abu ‘Amr al-Tauqani menulis buku dalam tema ini, dan hadith-hadithnya batil. Demikian ucapan al-Zarkasyi dan selainnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.