Seburuk-buruk sayuran ialah jirjir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: بئس البقلة الجرجير، من أكل منها ليلا، بات ونفسه تنازعه، ويضرب عرق الجذام من أنفه، فكلوها نهارا وكفوا عنها ليلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seburuk-buruk sayur ialah jirjir (disebut juga gargir oleh orang Arab Mesir), siapa yang makan jirjir pada malam hari, dia akan tidur dalam keadaan sesak nafas dan akan tumbuh urat-urat penyakit kusta di hidungnya. Oleh kerana itu, makanlah jirjir di siang hari dan tahanlah diri daripadanya di malam hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 61, hadis nombor 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.