TEKS BAHASA ARAB
واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Makanlah bersama tetamu kamu. Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara bersendirian.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis nombor 1213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: أنه جاء إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقدم له طعاما، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم – لعائشة: ((واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده)). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5546)]
(Munkar)
Daripada Tsauban RA beliau berkata: Beliau datang kepada Nabi SAW, lalu baginda menghidangkan makanan kepada baginda. Kemudian Nabi SAW berkata kepada ‘A’ishah: “Makanlah bersama tetamu kamu. Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara bersendirian.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5546]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.