TEKS BAHASA ARAB
وهن شر غالب لمن غلب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis nombor 1214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأعشى المازني – رضي الله عنه -، قال: أتيت النبي – صلى الله عليه وسلم -، فأنشدته:
يا مالك الناس وديان العرب! *** أني لقيت ذربة من الذرب
غدوت أبغيها الطعام في رجب *** فخلفتني بنزاع وهرب
أخلفت العهد ولطت بالذنب *** وهن شر غالب لمن غلب
قال: فجعل يقول: ((وهن شر غالب لمن غلب)). [تخ، ابن سعد،عم، ع، ((الضعيفة)) (5712)]
(Lemah)
Daripada al-A’sha al-Mazini RA beliau berkata:
Aku bertemu dengan Nabi SAW lalu aku berseru kepada baginda:
“Wahai raja bagi sekalian manusia, juga hakim kepada masyarakat Arab;
Sungguh aku telah bertemu dengan seorang perempuan kalangan rosak perut (buruk perangai);
Aku pergi mencari makanan untuknya pada bulan Rejab;
Lalu dia meninggalkan aku dengan perselisihan dan melarikan diri;
Dia mungkir akan janji dan menutup dengan ekor (enggan berjimak);
Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai”.
Beliau berkata: Maka baginda pun bersabda: “Mereka (perempuan sebegini) itulah seburuk-buruk penguasa bagi orang yang menguasai”.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Sa’d, Abdullah ibn Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, dan Abi Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5712]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.