Tatkala Baginda ﷺ membuka kota Mekah, Iblis berteriak dengan satu teriakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما افتتح ﷺ مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده، فقال: ايأسوا أن ترتد أمة محمد على الشرك بعد يومكم هذا، ولكن افتنوهم في دينهم، وأفشوا فيهم النوح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tatkala Baginda ﷺ membuka kota Mekah, Iblis berteriak dengan satu teriakan yang mengumpulkan tenteranya kepadanya, lalu dia berkata: "Berputus asalah kalian untuk mengembalikan umat Muhammad untuk melakukan kesyirikan setelah hari ini. Namun ujilah mereka pada agama mereka dan sebarkanlah perbuatan meratap dalam kalangan mereka".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis nombor 2702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «لما افتتح ﷺ مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده، فقال: ايأسوا أن ترتد أمة محمد على الشرك بعد يومكم هذا، ولكن افتنوهم في دينهم، وأفشوا فيهم النوح». [طب، «الضعيفة» (5004)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Tatkala Baginda ﷺ membuka kota Mekah, Iblis berteriak dengan satu teriakan yang mengumpulkan tenteranya kepadanya, lalu dia berkata: "Berputus asalah kalian untuk mengembalikan umat Muhammad untuk melakukan kesyirikan setelah hari ini. Namun ujilah mereka pada agama mereka dan sebarkanlah perbuatan meratap dalam kalangan mereka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5004].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.