Allah melaknat tujuh golongan daripada ciptaan-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لعن الله سبعة من خلقه من فوق سبع سماواته، وردد لعنته على واحد منهم ثلاثا، ولعن كل واحد منهم لعنة تكفيه، قال: ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط. ملعون من ذبح لغير الله. ملعون من أتى شيئا من البهائم. ملعون من عق والديه. ملعون من جمع بين المرأة وابنتها. ملعون من غير حدود الأرض. ملعون من ادعى إلى غير مواليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah melaknat tujuh golongan daripada ciptaan-Nya dari atas tujuh langit-Nya dan Dia mengulangi laknat-Nya sebanyak tiga kali bagi salah satu golongan tadi. Dia juga melaknat setiap golongan tadi dengan laknat yang mencukupinya. Allah berfirman: Laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut, laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut, laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut. Laknat bagi sesiapa yang menyembelih untuk selain Allah, laknat bagi sesiapa yang mendatangi (menyetubuhi) mana-mana binatang, laknat bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya, laknat bagi sesiapa yang menghimpunkan (kahwin sekaligus) seorang ibu dan anaknya, laknat bagi sesiapa yang mengubah sempadan-sempadan tanah, laknat bagi sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bekas tuannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis nombor 2701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لعن الله سبعة من خلقه من فوق سبع سماواته، وردد لعنته على واحد منهم ثلاثا، ولعن كل واحد منهم لعنة تكفيه، قال: ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط. ملعون من ذبح لغير الله. ملعون من أتى شيئا من البهائم. ملعون من عق والديه. ملعون من جمع بين المرأة وابنتها. ملعون من غير حدود الأرض. ملعون من ادعى إلى غير مواليه». [طس، أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، عد، و«الضعيفة» (5368)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah melaknat tujuh golongan daripada ciptaan-Nya dari atas tujuh langit-Nya dan Dia mengulangi laknat-Nya sebanyak tiga kali bagi salah satu golongan tadi. Dia juga melaknat setiap golongan tadi dengan laknat yang mencukupinya. Allah berfirman: Laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut, laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut, laknat bagi golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut. Laknat bagi sesiapa yang menyembelih untuk selain Allah, laknat bagi sesiapa yang mendatangi (menyetubuhi) mana-mana binatang, laknat bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya, laknat bagi sesiapa yang menghimpunkan (kahwin sekaligus) seorang ibu dan anaknya, laknat bagi sesiapa yang mengubah sempadan-sempadan tanah, laknat bagi sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bekas tuannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, Abu Bakr al-Syafi'i dalam al-Fawa'id dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5368].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.