Tangan (Allah) Yang Maha Penyayang berada di atas kepala muazzin

TEKS BAHASA ARAB

يد الرحمن فوق رأس المؤذن، وإنه ليغفر له مدى صوته أين بلغ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tangan (Allah) Yang Maha Penyayang berada di atas kepala muazzin, dan dia dimaafkan sejauh mana suaranya sampai.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 317, hadis nombor 1672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((يد الرحمن فوق رأس المؤذن، وإنه ليغفر له مدى صوته أين بلغ)). [ طس، ((الضعيفة)) (5037) ].

(Sangat Lemah) Dari Anas RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tangan Yang Maha Penyayang berada di atas kepala muazzin, dan dia dimaafkan sejauh mana suaranya sampai. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5037].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs