Apabila salah seorang daripada kalian solat; maka hendaklah dia solat ke arah tunggangannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا صلى أحدكم؛ فليصل إلى رحله , أو ليخط خطا في الأرض، أو لينصب سهما من كنانته، ولا يضره ما وراء ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian solat; maka hendaklah dia solat ke arah tunggangannya atau hendaklah dia gariskan satu garisan pada bumi, atau hendaklah dia pacakkan anak panah dari sarungnya. Dan tidak merbahayakannya apa yang berada di belakang itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis nombor 1675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Sa'id al-Khudri RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الخط)) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه-  قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إذا صلى أحدكم؛ فليصل إلى رحله , أو ليخط خطا في الأرض، أو لينصب سهما من كنانته، ولا يضره ما وراء ذلك)). [ الطبراني في ((مسند الشاميين)) ، ((الضعيفة)) (5543) ].

(Munkar dengan sebutan garisan) Dari Abu Sa‘id al-Khudri RA dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian solat; maka hendaklah dia solat ke arah tunggangannya atau hendaklah dia gariskan satu garisan pada bumi, atau hendaklah dia pacakkan anak panah dari sarungnya. Dan tidak merbahayakannya apa yang berada di belakang itu. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab Musnad al-Shamiyin, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5543].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs