Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi telah melaknat satu keturunan daripada kalangan jin

TEKS BAHASA ARAB إن الله تبارك وتعالى لعن سبطا من الجن؛ فمسخهم دوابّ في الأرض، فهذه الكلاب السود هي من الجن، وهي تتقيه (!) القرى. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi telah melaknat satu keturunan daripada kalangan jin, lalu Dia mengubah mereka menjadi binatang di atas muka bumi. Jadi, anjing-anjing hitam ini adalah daripada kalangan …

Kamu telah memberi pandangan yang tepat (kata Baginda kepada al-Hubab bin al-Munzir dalam kisah Badar)

TEKS BAHASA ARAB أشرت بالرأي قاله للحباب بن المنذر في قصة بدر. TEKS BAHASA MALAYSIA Kamu telah memberi pandangan yang tepat (kata Baginda kepada al-Hubab bin al-Munzir dalam kisah Badar). STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah …

Sebaik-baik manusia adalah dua jenis orang

TEKS BAHASA ARAB أفضل الناس رجلان: رجل غزا في سبيل الله حتى يهبط موضعا يسوء العدو، ورجل ناحية البادية يقيم الصلوات الخمس، ويؤدي حق ماله، ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين. TEKS BAHASA MALAYSIA Sebaik-baik manusia adalah dua jenis orang (iaitu): Seorang lelaki yang berperang di jalan Allah lalu dia berjaya mendarat di sebuah tempat yang mengacau-bilaukan musuh, serta seorang lelaki …

Barangsiapa yang meninggal dunia dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB من هلك من أمتي فَترك خلفا يصلي صلاته ويقوم مقامه فلم يمت. TEKS BAHASA MALAYSIA Barangsiapa yang meninggal dunia dari kalangan umatku dan dia meninggalkan orang yang boleh menunaikan solatnya dan menggantikan tempatnya maka dia tidak akan mati. STATUS Terdapat perawi pendusta pada sanadnya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam …

Gantungkanlah cemeti di tempat yang boleh dilihat

TEKS BAHASA ARAB علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم. TEKS BAHASA MALAYSIA Gantungkanlah cemeti di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga. Sesungguhnya ia adalah satu pengajaran bagi mereka. STATUS Terdapat perawi lemah pada sanadnya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah …