Kamu telah memberi pandangan yang tepat (kata Baginda kepada al-Hubab bin al-Munzir dalam kisah Badar)

TEKS BAHASA ARAB

أشرت بالرأي قاله للحباب بن المنذر في قصة بدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu telah memberi pandangan yang tepat (kata Baginda kepada al-Hubab bin al-Munzir dalam kisah Badar).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis nombor 5095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف على شهرته في كتاب المغازي) عن أبي طلحة موسى بن عبد الله الخزاعي في ((كتاب المغازي)): أن النبي صلى الله عليه وسلم لما ‌نزل ‌دون بدر؛ وأتاه خبر قريش، استشار الناس، فأشار عليه أصحابه، ثم قال الحباب بن المنذر: يا نبي الله! أرأيت هذا المنزل أنزلكه الله ليس لنا أن نتقدم ولا نتأخر عنه، أم هو الحرب والمكيدة؟ قال: بل هو الحرب والمكيدة. قال: فإن هذا ليس لك بمنزل، فانهض حتى نأتي أدنى قليب إلى القوم، فننزله، ثم نغور ما سواه من القلب، ثم نبني عليه حوضاً، ثم نقاتل القوم، فنشرب ولا يشربون، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أشرت بالرأي. فنهض وسار حتى أتى أدنى ماء إلى القوم، وأمر بالقلب فغورت، وبني حوضاً على القليب. [العسكري في ((تصحيفات المحدثين))، ((الضعيفة)) (3448)]

(Lemah walaupun terkenal dalam kitab al-Maghazi) Daripada Abu Talhah Musa bin Abdullah al-Khuzaie dalam kitab al-Maghazi, bahawasanya Nabi SAW apabila singgah sebelum Badr, dan sampai kepada Baginda khabar berita mengenai Quraisy, Baginda pun meminta pandangan daripada orang lain. Para sahabat menasihatkan baginda. Kemudian al-Hubab bin al-Munzir berkata: Wahai Nabi Allah! Apakah engkau melihat, adakah tempat ini yang telah Allah turunkanmu padanya yang kita tidak boleh mara ke hadapan mahupun ke belakang, atau ini satu strategi perang dan muslihat? Baginda pun menjawab: ((Bahkan ianya satu strategi perang dan juga muslihat)). Dia pun berkata: Kalau begitu, ini bukanlah satu tempat yang baik. Maka bangunlah sehingga kita sampai ke perigi air yang paling dekat dengan musuh. Kita berhenti di situ. Kemudian kita kambus semua perigi selainnya. Lantas kita bina satu kolam di atasnya. Kelak kita memerangi kaum itu dan dapat minum sedangkan mereka tidak minum. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Kamu telah memberi pandangan yang tepat. Lalu mereka bangun dan menuju ke tempat air yang paling dekat dengan kaum. Baginda menyuruh mengambus perigi air lain, dan membina kolam atas perigi (yang satu itu.) [Riwayat al-Askari dalam Tashifat al-Muhaddithin. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs