Amalan yang sedikit menepati sunnah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah

TEKS BAHASA ARAB عمل قليل في سنة، خير من كثير في بدعة. TEKS BAHASA MALAYSIA Amalan yang sedikit menepati sunnah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah …

Barangsiapa yang mengakui perbuatan ahli bid‘ah

TEKS BAHASA ARAB حديث: من وقر صاحب بدعة. فقد أعان على هدم الإسلام. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Barangsiapa yang mengakui perbuatan ahli bid‘ah, sesungguhnya dia membantu untuk memusnahkan Islam. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 211, …

Setiap bid‘ah adalah kesesatan kecuali bid‘ah dalam ibadah

TEKS BAHASA ARAB كل بدعة ضلالة إلا بدعة في عبادة. TEKS BAHASA MALAYSIA Setiap bid‘ah adalah kesesatan kecuali bid‘ah dalam ibadah. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 135, hadis nombor 226. Berikut adalah komentar beliau terhadap …

Siapa yang membantah terhadap pelaku bid’ah

TEKS BAHASA ARAB من انتهر صاحب بدعة ملأ الله قلبه أمنا وإيمانا. TEKS BAHASA MALAYSIA Siapa yang membantah terhadap pelaku bid’ah, Allah akan penuhkan hatinya dengan keamanan dan keimanan. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 176, …