Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Amalan yang sedikit menepati sunnah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah

Teks Bahasa Arab

عملٌ قليلٌ في سنةٍ، خيرٌ من كثيرٍ في بدعةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Amalan yang sedikit menepati sunnah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263, hadis no. 6455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: عمل قليل في سنة، خير من كثير في بدعة. [الرافعي، ((الضعيفة)) (3251)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang sedikit menepati sunnah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3251]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.