Rasulullah SAW pernah solat di sebuah tanah lapangan tanpa ada sesuatu apa pun di hadapan baginda

TEKS BAHASA ARAB

صلى في فضاء ليس بين يديه شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah solat di sebuah tanah lapangan tanpa ada sesuatu apa pun di hadapan baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنه-، قال: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((صلى في فضاء ليس بين يديه شيء)).
[ حم، ش،ع، هق، ((الضعيفة)) (5814) ].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah solat di sebuah tanah lapangan tanpa ada sesuatu apa pun di hadapan baginda.
[Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya, Abu Ya‘la dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Sunannya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5814].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs