Tentang Kitab
Al-Dur al- Thamin(Permata yang Indah) merupakan sebuah kitab yang menyatakan tentang iktiqad bagi semua orang beriman iaitu karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Syeikh Daud bin al-Syeikh Abdullah al-Fathani. Kitab ini asalnya ditulis dalam tulisan, jawi dan ia amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar pondok dan turut digunakan sebagai bahan pengajian di masjid-masjid dan juga di surau-surau.
Di antara pengisian yang boleh kita peroleh di dalam kitab ini adalah berkenalan pengenalan Ulmu Usuluddin, huraian sifat -sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta’ala dan bagi para Rasul Allah dengan mendatangkan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Dan pada akhir perbahasan kitab ini turut membincangkan tentang perkara-perkara lain yang perlu kita iktiqadkan agar akidah kita terjamin selamat daripada fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang menyesatkan, wal’iyya dzubillah. (Sumber: Laman Goodreads)
Takhrij al-Durr al-Thamin
Kami menemui satu kajian takhrij terhadap buku ini yang pernah dijalankan oleh pelajar Sarjana Universiti Malaya yang bernama Mazlan Sidek. Kajian tersebut bertajuk “Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis “. Kami sertakan di sini hanya bahagian takhrijnya supaya ia mudah dicapai oleh pengguna sekalian.
Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya.
Kami sertakan terjemahannya dari cetakan ini,
Daud bin Abdullah al-Fathani. (2017). الدر الثمين Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah) Pada Menyatakan I’tiqad Segala Orang Yang Mu’minin. (Noraine Abu & Mashadi Masyuti, Eds.). Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd.
Projek Al-Dur Al-Thamin
- Objektif: Memasukkan hadis-hadis dari Kitab Jawi Al-Dur Al-Thamin karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Syeikh Daud bin al-Syeikh Abdullah al-Fathani yang telah dikaji diperingkat pengajian Sarjana UM ke laman web semakhadis.com
- Tarikh mula: Ramadhan 1438H
- Kos anggaran: RM684 (Kos ditanggung dari Tabung Pembangunan Koleksi)
- Status: sedang berjalan
Senarai hadis yang ditakhrij dalam kajian ini