TEKS BAHASA ARAB
كان الله ولا شئ معه، وهو الآن كما كان عليه
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah telah wujud dan tiada sesuatupun bersama-Nya dan Dia sekarang sepertimana wujud-Nya dahulu
STATUS
Hadis Mudraj
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Kata Mazlan Sidek dalam kajiannya,
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( كان الله ولا شئ معه، وهو الآن كما كان عليه ))
Takhrij Hadith:
- Al-Imam Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, Sahih Bukhari (1998M), Riyad: Dar al-Salam, Kitab al-Tawhid, Bab Qawluh: wa Kan ‘Arsyuh ‘ala al-Ma’, 1276, no. 7418[1].
- Al-Imam al-‘Allamah al-Hafiz Muhammad bin Hibban (1987M), Sahih Ibn Hibban, Susunan al-Amir ‘Ala al-Din ‘Ali bin Balaban al-Farisi, Beirut: dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Kitab al-Tarikh, Bab Bid’ al-Wahy, Fasl Dhikr al-Akhbar ‘an ma Kana Alah fih Qabl Khalqih al-Samawat wa al-Ard, jil. 14, hal. 9, no. 6140, 6141.
- Hadith ini juga disebut oleh al-Imam al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddith ‘Ali al-Qari al-Harawi al-Makki (1978M), al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdu’,[2] Tahqiq : ‘Abd al-Fatah Abu Ghudah, Beirut: Maktabah al-Matbu’ah al-Islamiyyah, Harf al-Kaf, cet. 2, jil. 1, hal. 132, no. 220[3].
Ulasan Serta Hukum Hadith:
Keratan pertama daripada hadith ini adalah sahih dan ianya diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya. Manakala keratan kedua daripada hadith ini adalah penambahan yang dilakukan oleh golongan Sufi, keterangan ini boleh dilihat dalam Fath al-Bari[4] dan Kasyf al-Khafa[5].
[1] Kitab ini tidak mempunyai jilid. Tujuan menggunakan kitab yang yang hanya satu jilid adalah untuk menyenangkan urusan penulis.
[2] Kitab ini bukanlah kitab hadith yang asal, tetapi penulis datangkan bertujuan menyokong kepada kitab-kitab asal di atas.
[3] Syahid kepada hadith ini, sila lihat Ahmad bin ‘Ali bin Hajar Abu al-Fadl al-‘Asqalani (1379H), Fath al-Bari, Tahqiq: Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi dan Muhibb al-Din al-Khatib, Beirut: Dar AL-Ma’rifah, jil.6, hal. 289. Lihat Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi (t.t), Siyar al-A’lam al-Nubala’, Tahqiq: Syu’ayb al-Arna’ut dan Muhammad Nu’aym al-‘Arqasusi, Beirut: Mu’assasah al-Risalah, Fasl Imam al-Haramayn, cet. 9, jil. 18, hal. 478. Hadith sokongan berdasarkan maknanya sahaja, lihat Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Surah (1999M), Sunan al-Tirmidhi, Tahqiq: Mustafa Muhammad Husayn al-Dhahabi, al-Qahirah: Dar al-Hadith, Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab wa min Surah Hud, jil. 5, hal. 133, no. 3109. Lihat Imam ‘Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwayni (1998M), Sunan Ibn Majah, Ta’liq: Imam al-Busayri, Tahqiq: al-Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Beirut: Dar al-Ma’rifah, fi al-Muqadimmah,Bab fi ma Ankarat al-Jahmiyyah, jil. 1, hal. 83, no. 182.
[4] Ibn Hajar al-‘Asqalani (1379H), ap.cit, jil. 6, hal. 289.
[5] Lihat al-Syeikh Isma’il bin Muhammad al-‘Ajluni (1998M), Kasyf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘an ma Usytuhira min al-Ahadith ‘ala Alsinah al-Nas, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Harf al-Kaf (Kan), juz. 2, hal. 130, no. 2011.
Tambahan dari Tim Semakhadis,
Keratan hadis yang dimaksudkan sebagai riwayat Sahih Bukhari ialah
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ
Telah wujud Allah dan tidak wujud sesuatu [pun] sebelum-Nya.
[Rujuk Sahih Al-Bukhari, no. 7418]
RUJUKAN
Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya.
Muhammad bin Isma’il al-Bukhari. (2001). Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasul Allah Salla Allah ’alaihi wa Sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi = Sahih al-Bukhari. (Muhammad Zahir bin Nasir al-Nasir, Ed.). Dar Tuq al-Najah, jil. 9, hal. 124, no. 7418.
MAKLUMAN
Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!