Suatu hari aku sedang duduk. Kemudian 'Ali dan al-'Abbas datang

TEKS BAHASA ARAB

عن أسامة بن زيد، قال: كنت جالسا؛ إذ جاء علي والعباس يستأذنان، فقالا لأسامة: استأذن لنا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قلت: يا رسول الله! علي والعباس يستأذنان، فقال: أتدري ما جاء بهما؟، قلت: لا، فقال: لكني أدري، ائذن لهما، فدخلا، فقالا: يا رسول الله! جئناك نسألك: أي أهلك أحب إليك؟! قال: فاطمة بنت محمد، قالا: ما جئناك نسألك عن أهلك، قال: أحب أهلي إلي من قد أنعم الله عليه وأنعمت عليه: أسامة بن زيد، قالا: ثم من؟! قال: علي بن أبي طالب، فقال العباس: يا رسول الله! جعلت عمك آخرهم! فقال: إن عليا قد سبقك بالهجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu hari aku sedang duduk. Kemudian ‘Ali dan al-‘Abbas datang dan meminta izin (untuk masuk). Lalu mereka berkata kepada Usamah: "Tolong minta izin untuk kami berjumpa Rasulullah SAW." Lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, ‘Ali dan al-‘Abbas meminta izin." Baginda menjawab: "Engkau tahu apa yang menyebabkan mereka datang ke mari?" Aku menjawab: "Tidak." Baginda bersabda: "Tapi aku tahu, izinkan mereka berdua." Lantas mereka berdua masuk berjumpa Nabi SAW. Mereka berkata: "Kami datang untuk bertanya siapa kaum kerabatmu yang engkau paling cintai?" Baginda menjawab: "Fatimah binti Muhammad." Mereka berdua membalas: "Kami tidak datang untuk bertanya tentang keluargamu (yang terdekat) (dalam riwayat lain: tentang Fatimah)." Baginda menjawab lagi: Orang yang paling aku cintai daripada kaum kerabatku ialah orang yang diberi nikmat oleh Allah dan aku diberi nikmat dengannya iaitu Usamah bin Zaid." Mereka berdua bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "’Ali bin Abi Talib." Al-‘Abbas bertanya: "Engkau meletakkan bapa saudaramu yang paling akhir?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya ‘Ali mendahuluimu dalam berhijrah."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسامة بن زيد -رضي الله عنه-، قال: كنت جالسا؛ إذ جاء علي والعباس يستأذنان، فقالا لأسامة: استأذن لنا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قلت: يا رسول الله! علي والعباس يستأذنان، فقال: أتدري ما جاء بهما؟، قلت: لا، فقال: لكني أدري، ائذن لهما، فدخلا، فقالا: يا رسول الله! جئناك نسألك: أي أهلك أحب إليك؟! قال: فاطمة بنت محمد، قالا: ما جئناك نسألك عن أهلك (وفي رواية: عن فاطمة). قال: أحب أهلي إلي من قد أنعم الله عليه وأنعمت عليه: أسامة بن زيد، قالا: ثم من؟! قال: علي بن أبي طالب، فقال العباس: يا رسول الله! جعلت عمك آخرهم! فقال: إن عليا قد سبقك بالهجرة. [ت، ك، ((الضعيفة)) (1844)]

(Lemah) Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau menceritakan: Suatu hari aku sedang duduk. Kemudian ‘Ali dan al-‘Abbas datang dan meminta izin (untuk masuk). Lalu mereka berkata kepada Usamah: "Tolong minta izin untuk kami berjumpa Rasulullah SAW." Lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, ‘Ali dan al-‘Abbas meminta izin." Baginda menjawab: "Engkau tahu apa yang menyebabkan mereka datang ke mari?" Aku menjawab: "Tidak." Baginda bersabda: "Tapi aku tahu, izinkan mereka berdua." Lantas mereka berdua masuk berjumpa Nabi SAW. Mereka berkata: "Kami datang untuk bertanya siapa kaum kerabatmu yang engkau paling cintai?" Baginda menjawab: "Fatimah binti Muhammad." Mereka berdua membalas: "Kami tidak datang untuk bertanya tentang keluargamu (yang terdekat) (dalam riwayat lain: tentang Fatimah)." Baginda menjawab lagi: Orang yang paling aku cintai daripada kaum kerabatku ialah orang yang diberi nikmat oleh Allah dan aku diberi nikmat dengannya iaitu Usamah bin Zaid." Mereka berdua bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "’Ali bin Abi Talib." Al-‘Abbas bertanya: "Engkau meletakkan bapa saudaramu yang paling akhir?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya ‘Ali mendahuluimu dalam berhijrah." [Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1844]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.