Aku telah diberikan kunci-kunci dunia

TEKS BAHASA ARAB

أتيت بمقاليد الدنيا ( وفي رواية : بمفاتيح خزائن الدنيا ) على فرس أبلق [ جاءني جبريل عليه السلام ] عليه قطيفة من سندس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah diberikan kunci-kunci dunia (Dalam riwayat lain: kunci-kunci khazanah dunia) di atas seekor kuda berwarna hitam putih yang Jibril datang membawanya dalam keadaan berpakaian baldu daripada sutera.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه – مرفوعا: أتيت بمقاليد الدنيا (وفي رواية: بمفاتيح خزائن الدنيا) على فرس أبلق جاءني به جبريل -عليه السلام- عليه قطيفة من سندس. [حم، حب، أبو الشيخ في (أخلاق النبي ﷺ، ((الضعيفة)) (1730)]

(Lemah) Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda: "Aku telah diberikan kunci-kunci dunia (Dalam riwayat lain: kunci-kunci khazanah dunia) di atas seekor kuda berwarna hitam putih yang Jibril datang membawanya dalam keadaan berpakaian baldu daripada sutera." [Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Abu al-Syeikh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1730]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs