Solat itu tiang agama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الصلاة عماد الدين من أقامها فقد أقام الدين ومن هدمها فقد هدم
الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meruntuhkannya bermakna dia telah meruntuhkan agama.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 218-219, hadis nombor 171. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم اقف عليه بهذا التمام.
وهو مشهور على ألسنة الناس بهذا السياق ويلهج به الواعظون ووقفت على أوله: الصلاة عماد الدين. أخرجه البيهقي في الشعب بسند ضعيف من حديث عكرمة عن عمر مرفوعاً ونقل عن شيخه الحاكم أنه قال: عكرمة لم يسمع من عمر كذا في المقاصد (632) . وقال ابن الصلاح في مشكل الوسيط : غير معروف. وقال النووي في التنقيح : منكر باطل.
فتعقبه الحافظ في التلخيص (1/ 173) : قلت: ليس كذلك بل رواه أبو نعيم شيخ البخاري في كتاب الصلاة عن حبيب بن سليم عن بلال بن يحيى قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فسأله، فقال: الصلاة عمود الدين وهو مرسل رجاله ثقات.
قلت: كذا قال وفيه تسامح. لأن حبيب سليم ترجمه البخاري في الكبير (1/ 2/ 319) وابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (1/2/ 102) ولم يذكروا فيه جرحا ولا تعديلا فهو مجهول الحال، وإن وثقه ابن حبان. وقد قال الحافظ نفسه في التقريب مقبول يعني عند المتابعة وإلا فلين الحديث. وحسن له الترمذي (986) حديثا ضعيفا في كراهية النعي من كتاب الجنائز.
ويؤدى معناه ما أخرجه الترمذي (2616) وابن ماجه (3973) وأحمد (5/ 231، 237) من حديث معاذ بن حبل الطويل وفيه: … فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ألا أخبرك برأس الأمر كله وعموده، وذروة سنامه؟ قلت: بلى يا رسول الله قال: رأس الأمر الإسلام وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. قال الترمذي: حديث حسن صحيح.
قلت: وهو حديث حسن كما حققته في تخريج كتاب الصمت لابن أبي الدنيا رقم (6) .

Saya tidak menemui hadith dengan lafaz yang lengkap. Hadith ini masyhur di lidah-lidah orang ramai dengan lafaz seperti ini dan diulang-ulang oleh para penglipur lara. Saya hanya menemui bahagian pertamanya sahaja iaitu: "Solat itu tiang agama". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Shu’ab dengan sanad yang dha’if melalui hadith ‘Ikrimah daripada ‘Umar secara marfu’. Al-Baihaqi telah menukilkan daripada gurunya iaitu al-Hakim bahawa beliau berkata: "’Ikrimah tidak sempat mendengar daripada ‘Umar". Demikianlah dalam al-Maqasid (632).
Selain itu, Ibn al-Solah juga berkata dalam Mushkil al-Wasit: "Tidak diketahui". Al-Nawawi dalam al-Tanqih berkata: "Munkar lagi Batil". Al-Hafiz memberikan komentar dalam al-Talkhis (1/173): "Saya berkata: Bukan begitu, bahkan ianya telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, iaitu guru kepada al-Bukhari dalam Kitab al-Solah daripada Habib bin Salim daripada Bilal bin Yahya, katanya: Seorang lelaki pernah menemui Nabi SAW, lalu bertanya Baginda SAW, Baginda SAW pun menjawab: "Solat itu tiang agama". Hadith tersebut mursal, para perawinya adalah thiqah".
Saya berkata: Demikianlah kata al-Hafiz! Kenyataan tersebut ada kelonggaran, kerana Habib Salim telah diletakkan biografinya oleh al-Bukhari dalam al-Kabir (1/2/319) dan Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/2/102), namun tidak disebutkan sebarang kritikan mahuppun pujian terhadap beliau. Oleh itu, beliau dihukum Majhul al-Hal (Perawi yang tidak diketahui statusnya), sekalipun Ibn Hibban menilai beliau sebagai thiqah. Al-Hafiz sendiri berkata dalam al-Taqrib: "Maqbul", maksudnya sekiranya ada sokonga, jika tidak ada sokongan maka beliau seorang perawi yang lemah hadithnya.
Al-Tirmizi (986) telah menilai hasan satu hadith dha’if yang diriwayatkan oleh Habib dalam bab Larangan Meratap melalui kitab Jenazah.
Makna hadith tersebut telah disokong oleh hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2626), Ibn Majah (3973) dan Ahmad (5/231, 237) melalui hadith Mu’az bin Jabal yang panjang, dalam hadith tersebut disebutkan: "Rasulullah SAW pun bersabda: "Tidak mahukah aku beritahu kamu kepala dan tiang segala perkara, juga tunggaknya?". Aku (Mu’az) menjawab: "Mahu, wahai Rasulullah!". Baginda SAW bersabda: "Kepala segala sesuatu adalah Islam, tiangnya pula adalah solat, manakala tunggaknya pula adalah jihad…" Al-Tirmizi berkata: "Hadith ini hasan sahih".
Saya berkata: Ianya hadith hasan sebagaimana yang telah saya teliti dalam Takhrij Kitab al-Samt oleh Ibn Abi al-Dunya (hadith : 6).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.