Sesiapa yang beruban kerana Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من شاب في الإسلام شيبة لا ينتفها ولا يغيرها كانت له نورا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang beruban kerana Islam, dia tidak mencabutnya dan tidak mengubahnya, maka uban tersebut akan menjadi cahaya untuknya pada hari Kiamat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 215-217, hadis nombor 170. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر بهذا اللفظ.
أخرجه ابن عدي في الكامل (6/ 21367) من طريق بن عبد الملك الأنصاري، عن نافع، عن ابن عمر مرفوعا فذكره.
قلت: وسنده ضعيف جدا. ومحمد بن عبد الملك تركه النسائي وقال: لا يكتب حديثه. وقال مرة هو ومسلم والشافعي: منكر الحديث. والحديث بهذا السياق منكر وإنما الصحيح منه: لا تنتفوا الشيب فإنه نور المسلم ومن شاب في الإسلام شيبة كتب الله له بها حسنة وكفر عنه بها خطيئة ورفعه بها درجة.
أخرجه أبو داود (4/ 85- عون) والنسائي (8/ 136) والترمذي (8/ 108- تحفة) وابن ماجة (2/ 402- 403) وابن سعد في الطبقات (1/ 441) وابن حبان كما في نيل الأوطار (1/ 139) وابن عدي (3/1061) والبيهقي في الشعب (2/157/1) وفي السنن (7/ 311) والخطيب في التاريخ (4/57) وكذا وفي السابق واللاحق (ص – 125) والبغوي في شرح السنة (12/ 95) من طرق عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده مرفوعا به. قال الترمذي: حديث حسن. وقد رواه عن عمرو بن شعيب جماعة منهم: محمد بن إسحاق وابن عجلان وعمارة بن غزية وليث بن أبي سليم وعبد الرحمن بن الحارث وعبد الحميد بن جعفر الأنصاري وغيرهم.
أما قوله: ولا يغبرها فهي منكرة فقد ثبت الأمر بتغيير الشيب في غير ما حديث، من ذلك: حديث أبي هريرة مرفوعا: إن اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم. أخرجه البخاري (6/ 496 و10/ 354- فتح) ومسلم (2103) وأبو داود (4203) ، والنسائي (8/137) ، وابن ماجة (3621) ، وأحمد (2/240، 260، 309، 401) وعبد الرزاق (20175) والبغوي في شرح السنة (12/88-89) من طريق ابن ششهاب عن أبي سلمة، (وسليمان بن يسار) عن أبي هريرة. ورواه محمد بن عمرو، عن أبي سلمة، عن أبي هريرة مرفوعا: غيروا الشيب، ولا تشبهوا باليهود والنصارى. أخرجه أحمد (2/ 261، 499) وابن سعد (1/ 439) وأبو يعلى في مسنده ومن طريقه البغوي (12/ 89) وتابعه عمر بن أبي سلمة، عن أبيه به. أخرجه الترمذي (1752) وقال: حسن صحيح.
حديث أبي ذر رضي الله عنه مرفوعا: إن أحسن ما غيرتم به الشيب والحناء والكتم. أخرجه أبو داود (4205) والنسائي (8/ 139) والترمذي (1753) وابن ماجة (3622) وأحمد (5/ 147، 150، 154، 156، 169) وابن سعد (1/ 439) وعبد الرزاق (20174) وابن حبان (1475) والطبراني في الكبير (ج 2/ رقم 1638) والخطيب (8/ 34- 35) من طريق عبد الله بن بريدة عن أبي الأسود عن أبي ذر مرفوعا. قال الترمذي: حديث حسن صحيح.
فالأحاديث المصرحة بتغيير الشيب تدل على أن هذه الكلمة منكرة. نعم، أخرج الخطيب في الموضح (2/ 316) من طريق الطيالسي وهذا في مسنده (1152) حدثنا عبد الجليل بن عطية عن شهر بن حوشب عن عمرو بن عبسة، مرفوعا: من شاب في الإسلام شيبة كانت له نورا يوم القيامة، ما لم يخضبها أو ينتفها. قلت لشهر: إنهم يصفرون ويخضبون بالحناء قال: أجل، قال: كأنه يعني السواد. قلت: وسنده ضعيف لأجل شهر بن حوشب.
وقد رواه شرحبيل بن السمط عن عمرو بن عبسه مرفوعا فلم يذكر ما ذكره شهر بن حوشب. أخرجه النسائي (6/ 26) والترمذي (1635) وأحمد (4/ 386) من طريق بقية بن الوليد، حدثني صفوان حدثني سليم بن عامر، عن شرحبيل: قال الترمذي: حسن صحيح غريب. قلت: وبقية بن الوليد صرح بالتحديث عند أحمد.

Munkar dengan lafaz ini. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/21367) melalui sanad Muhammad bin ‘Abd al-Malik al-Ansari daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Muhammad bin ‘Abd al-Malik telah ditinggalkan riwayatnya oleh al-Nasa’ei, seraya al-Nasa’ei berkata: "Tidak boleh ditulis hadith beliau".
Ditempat lain, al-Nasa’ei, Muslim dan al-Shafi’ei berkata: "Munkar al-Hadith". Hadith tersebut dengan lafaz ini adalah Munkar. Lafaz yang sahih adalah: "Janganlah kamu mencabut uban kerana sesungguhnya ia adalah cahaya bagi orang Muslim. Sesiapa yang ketika Islam tumbuh satu uban, maka Allah tuliskan untuknya satu kebaikan dan hapuskan daripadanya satu kesalahan, serta mengangkatnya satu darjat". Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Daud (4/85- ‘Awn), al-Nasa’ei (8/136), al-Tirmizi (8/108 – Tuhfah), Ibn Majah (2/402-403), Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat (91/441), Ibn Hibban sebagaimana dalam Nail al-Awtar (1/139) ,Ibn ‘Adi (3/1061), al-Baihaqi dalam al-Shu’ab (2/57/1), dan dalam al-Sunan (7/311), al-Khatib dalam al-Tarikh (4/57), demikian juga dalam al-Sabiq Wa al-Lahiq (hlmn 125), serta al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (12/95) melalui sanad ‘Amr bin Shu’aib daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’ hadith tersebut
Al-Tirmizi telah mengulas hadith tersebut. Beliau berkata: "Hadith hasan". Hadith tersebut turut diriwayatkan daripada ‘Amr bin Shu’aib oleh segolongan perawi, antaranya: Muhammad bin Ishaq, Ibn ‘Ajlan, ‘Umarah bin Ghaziyyah, Laith bin Abi Sulaym, ‘Abd al-Rahman bin al-Harith, ‘Abd al-Majid bin Ja’far al-Ansari dan lain-lain. Manakala, berkenaan sabda Baginda SAW: ‘dan dia tidak mengubahnya", ianya Munkar. Ini kerana, thabit periintah Rasulullah SAaw supaya mengubah (warna) uban dalam beberapa hadith, antaranya: Hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’: "Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani, mereka tidak mewarnakan (uban), maka selisihilah mereka". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (6/496, 10/354 – Fath), Muslim (2103), Abu Daud 94203), al-Nasa’ei (8/13), Ibn Majah (3621), Ahmad (2/240, 260, 309, 401), ‘Abd al-Razzaq (20175) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (12/88-89) melalui sanad Ibn Shihab daripada Abu Salamah (dan Sulayman binYasar) daripada Abu Hurairah. Muhammad bin ‘Amr turut meriwayatkannya daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah secara marfu’ (dengann lafaz): "Ubahlah (warna) uban dan jangan menyerupai Yahudi dan Nasrani". Ianya telah diriwayatkan oleh Ahmad (2/261, 499), Ibn Sa’d (1/439) dan Abu Ya’la dalam Musnad beliau. Ia juga diriwayatkan oleh al-Baghawi (12/89) melalui sanad Abu Ya’la,. Riwayat tersebut juga disokong oleh ‘Umar bin Abi Salamah daripada ayahnya dengan sanad beliau. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1752) dan beliau berkata: "Hasan sahih".
Hadith Abu Zar secara marfu’: "Sesungguhnya bahan terbaik yang kamu gunakan untuk ubah (warna) uban adalah inai dan katam (sejenis tumbuhan). Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Daud (4205), al-Nasa’ei (8/139), al-Tirmizi (1753), Ibn Majah (3622), Ahmad (5/147, 150, 154, 156, 169(, Ibn Sa’d (1/439), ‘Abd al-Razzaq (20174), Ibn Hibban (1475), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 2/hadith : 1638), dan al-Khatib (8/34-35) melalui sanad Abd Allah bin Buraidah daripada Abu al-Aswad daripada Abu Zar secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan sahih".
Hadith-hadith tersebut yang menyebutkan dengan jelas berkenaan mengubah (warna) uban menunjukkan bahawa ungkapan ini adalah Munkar. Ya, telah dikeluarkan oleh al-Khatib dalam al-Mudhih (2/316) melalui sanad al-Tayalisi dan ini juga terdapat dalam Musnad beliau (1152), katanya ‘Abd al-Jalil bin ‘Atiyyah telah menceritakan kepada kami daripada Shahr bin Hawshab daripada ‘Amr bin ‘Abasah secara marfu’: "Sesiapa yang ketika Islam tumbuh satu uban, ianya akan menjadi cahaya baginya pada hari Kiamat selagi mana dia tidak mewarnakannya atau mencabutnya". Saya berkata kepada Shahr: "Mereka (sahabat) mewarnakan dengan warna kuning dan juga mewarnakan dengan inai". Beliau berkata: "Ya". Beliau berkata lagi: "Sepertinya. Iaitu warna hitam".
Saya berkata: Sanadnya dha’if disebabkan oleh Shahr bin Hawshab. Shurahbil bin al-Simt juga telah meriwayatkannya daripada ‘Amr bin ‘Abasah secara marfu’. Namun, beliau tidak menyebutkan sebagaimana disebutkan oleh Shahr bin Hawshab.
Ianya telah diriwayatkan oleh al-Nasaie (6/26), al-Tirmizi (1635) dan Ahmad (4/386) melalui sanad Baqiyyah bin al-Walid, katanya Safwan telah menceritakan kepada saya, katanya Salim bin ‘Amir telah menceritakan kepada saya daripada Shurahbil. Al-Tirmizi berkata: "Hadith sahih gharib". Saya berkata: Baqiyyah bin al-Walid telah menyebutkan secara jelas bahawa beliau memang meriwayatkan hadith tersebut (Tahdith) dalam riwayat Ahmad.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.